Saya Di Fitnah..

Saya Di Fitnah.. - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya Di Fitnah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya Di Fitnah..
link : Saya Di Fitnah..

Baca juga


Saya Di Fitnah..

Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan beliau pernah berjumpa dengan mendiang Altantuya Shaariibuu sepertimana kenyataan sepupu wanita Mongolia itu hari ini.

Najib juga berkata kenyataan tersebut terhadap dirinya adalah fitnah. "Itu fitnahlah. Tipu. Saya tak pernah jumpa dia.

“Saya dah sumpah dalam masjid,” katanya merujuk kepada sumpahnya pada 2008.

Anggota Parlimen Pekan itu ditemui selepas menghadiri majlis beramah mesra bersama penduduk di Kampung Lubuk Kulit di Cameron Highlands.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Burmaa Oyunchimeg di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Selepas menjawab soalan tersebut dengan nada tenang dan tersenyum, Najib terus berlalu pergi untuk menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.

Terdahulu hari ini Burmaa membuat dakwaan tersebut ketika memberi keterangan sebagai saksi dalam saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya susulan kematian mendiang.

Sepupu Altantuya itu mendakwa mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”.

Altantuya mati dibunuh pada Oktober 2006 apabila kepalanya ditembak dan mayatnya diletupkan.

Dua anggota polis elit dari unit tindakan khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar kemudian didapati bersalah kerana membunuh wanita berkenaan. 

Manakala Abdul Razak yang juga merupakan rakan kepada Najib dibebaskan daripada tuduhan bersubahat terhadap kes pembunuhan itu.

Pada 4 Jun 2007, Shaariibuu dan isterinya Altantsetseg Sanjaa, serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia, dengan menuntut pampasan RM100 juta. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image

Image





Saya Di Fitnah..

Sekianlah artikel Saya Di Fitnah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Saya Di Fitnah.. linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/01/saya-di-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saya Di Fitnah.."

Posting Komentar