Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah
link : Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

Baca juga


Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah. Pihak pendakwaan hari ini menyerahkan dokumen berkaitan kes bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang menghadapi 4 pertuduhan rasuah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak kepada pasukan pembelaan.

Peguam Ridha Abdah Subri yang mewakili Rizal memberitahu hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berhubung kes itu mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah. “Pagi ini pihak pendakwaan menyerahkan dokumen kepada pembelaan,” katanya pada sebutan kes di sini, hari ini. Timbalan pendakwa raya Mohd Farizul Hassan Bakri mengesahkan perkara tersebut.

Ridha Abdah turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes tersebut telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

“Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan pemohonan pihak pembelaan untuk memindahkan kes ini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, tarikh dan mahkamah mana perbicaraan akan dijalankan belum diketahui lagi,” katanya.

Pada 15 Nov 2018, Rizal, 45, mengaku tidak bersalah atas 4 pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah


Bagi pertuduhan pertama, Rizal didakwa secara rasuah meminta bagi pihak Rosmah suatu suapan iaitu wang berjumlah RM187,500,000 yang merupakan 15% daripada nilai kontrak daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan untuk Rosmah melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi pertuduhan kedua, Rizal dituduh secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan iaitu wang berjumlah RM25,000,000 daripada individu sama, iaitu Saidi, sebagai dorongan untuk tertuduh melakukan suatu perkara yang dicadangkan, iaitu memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe’, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit, dekat sini antara Mac dan April 2016.

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah


Bagi pertuduhan ketiga, Rizal didakwa secara rasuah menerima bagi pihak Rosmah suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM5,000,000 daripada Saidi sebagai upah bagi Rosmah kerana membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek sama di Lobi Pavilion REIT Management Sdn Bhd, 168, Pavilion, Jalan Bukit Bintang dekat sini pada 20 Dis 2016.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000 daripada individu sama sebagai upah bagi diri tertuduh kerana memastikan Rosmah membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan projek serupa di No 1, Laman Damai Sari, Jalan 1/61, Bukit Segambut, dekat sini pada 23 Dis 2016.

Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah. Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.





Iklan

Image
Image
Image
Image

Image





Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah

Sekianlah artikel Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2019/01/pegawai-khas-najib-di-dakwa-rasuah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pegawai Khas Najib Di Dakwa Rasuah"

Posting Komentar