Judul : Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
link : Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat. Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof hari ini menolak usul Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) untuk membahaskan dan menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
Arif berkata, penolakan usul tersebut adalah tertakluk di bawah Peraturan 18. Malah, katanya, perkara itu juga tidak dianggap sebagai sesuatu yang perlu disegerakan.
“Walaupun saya telah membenarkan Port Dickson memberi penjelasan supaya orang memahami apakah kandungan usul itu, tetapi keputusan saya kekal, iaitu saya menolak usul Port Dickson (untuk membahaskannya),” katanya.
Terdahulu, Anwar sebelum perbahasan Belanjawan 2019, menjelaskan bahawa usul yang dibawanya adalah bagi mengelakkan kekeliruan rakyat mengenai Icerd.
Usul itu, kata Anwar, disokong oleh Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk), veteran DAP Lim Kit Siang (PH-Iskandar Puteri) dan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian).
“Tuan speaker, saya faham juga tentang percaturan yang menyebabkan usul saya ditolak, jadi saya menghormati keputusan itu.
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
“Tetapi saya tegaskan masih ada ruang untuk tuan speaker mengizinkan rakan-rakan saya untuk mengemukakan pandangan sebab hal ini adalah hal yang menimbulkan keresahan negara. Kita tak boleh ketepikan semata-mata kabinet telah buat keputusan.
“Ahli-ahli yang berhormat di parliamen juga harus diberi ruang, dan di sini tiada percanggahan. Kita bawa usul menyokong ketetapan kabinet supaya tiada kesilapan dan kekeliruan ataupun memungkinkan pandangan yang berbeza,” katanya.
Anwar sebelum itu berkata bahawa negara-negara lain yang telah meratifikasi Icerd patut dipuji tetapi pada masa yang sama, kerajaan tidak perlu apologetik kerana menolak ratifikasi konvensyen itu.
“Kebijaksanaan kita membincangkan Icerd ini adalah untuk memahami sejarahnya kepada Afrika Selatan dan negara-negara Arab kerana mereka berada di bawah kerajaan kejam dan melaksanakan apartheid.
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
“Kita juga harus pandang positif negara-negara yang telah meratifikasi Icerd kerana pertimbangan mereka adalah kezaliman yang diterima mereka. Semangat Icerd kita tidak tolak tetapi selagi tidak ada penjelasan muktamad, ia mungkin menjejaskan muafakat kita,” katanya. - malaysiakini
Iklan
Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat
Sekianlah artikel Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/12/usul-anwar-ditolak-di-dewan-rakyat.html
0 Response to "Usul Anwar Ditolak Di Dewan Rakyat"
Posting Komentar