Judul : PTPTN Makin Celaru
link : PTPTN Makin Celaru
PTPTN Makin Celaru
PTPTN Makin Celaru. Aktivis Adam Adli Abd Halim meminta kerajaan berbincang terlebih dahulu dengan masyarakat secara lebih dekat sebelum mengumumkan sebarang ketetapan berhubung pembayaran balik pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Beliau yang memperjuangkan isu PTPTN sejak sekian lama berkata, langkah tersebut boleh dilakukan oleh badan itu bagi mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan peminjam selepas sesuatu ketetapan dibuat.
PTPTN Makin Celaru. “Boleh tak jangan buat keputusan sebelum buat perbincangan dengan masyarakat awam? Bukan hanya minta pandangan aktivis atau orang berkepentingan, tetapi perlu dibuat perbincangan bersama masyarakat awam.
“Kalau anda (PTPTN) ada cadangan, bawa ke masyarakat awam. Anda boleh buat kaji selidik. Ini caranya anda boleh selesaikan masalah ini,” katanya kepada FMT.
Adam berkata, PTPTN sudah berulang kali mengubah ketetapan mereka dalam isu pembayaran balik pinjaman semenjak Pakatan Harapan (PH) memegang Putrajaya.
Katanya, badan itu sepatutnya lebih berhati-hati sebelum mengumumkan sesuatu kerana ia bakal memberikan tanggapan buruk kepada kerajaan.
PTPTN Makin Celaru
“Anda dah banyak kali dah sebenarnya buat keputusan, bila orang tak setuju kena tukar. Tak mengapalah kalau ambil masa sekalipun.
“Saya rasa PTPTN patut ambil masa cari titik tengah yang baik dan bernas dalam hal ini. Apa sahaja cadangan yang kita ada, bentangkan dulu pada masyarakat awam,” katanya lagi.
Ketika ini ramai pengguna media sosial mempersoalkan kadar potongan baru PTPTN yang menurut mereka akan berlaku pertambahan beberapa peratus dalam jumlah yang terpaksa dibayar.
Pada 27 Nov lalu, PTPTN mengumumkan mekanisme baru yang akan menyaksikan potongan wajib sebanyak 2 hingga 15% daripada gaji bulanan peminjam yang berpendapatan RM2,000 dan ke atas.
Walaupun jumlah bayaran balik peminjam yang mendapat gaji RM2,000 sebulan hanyalah RM40, namun jumlah itu meningkat bagi mereka berpendapatan RM8,000 dan ke atas, yang terpaksa membayar 15% atau RM1,200 setiap bulan.
Adam berkata, PTPTN tidak sepatutnya meletakkan kadar peratusan bayaran yang terlalu tinggi kepada peminjam meskipun mereka menjana pendapatan tinggi.
PTPTN Makin Celaru
Katanya, kemarahan yang disuarakan oleh sebilangan peminjam terhadap PTPTN ketika ini adalah munasabah kerana aturan tersebut akan memaksa mereka membayar jumlah bayaran ansuran lebih tinggi berbanding sebelum ini.
“Sebelum PTPTN keluarkan ketetapan itu, kenapa tak tengok dahulu, takkan tak perasan bahawa itu bukan jumlah yang kebanyakannya dibayar oleh orang sebelum ini.
“Soalan yang paling tepat untuk ditanya kepada PTPTN ialah sama ada anda mahu selamatkan pelajar, peminjam, atau nak selamatkan PTPTN,” katanya kepada FMT.
Keresahan peminjam PTPTN berhubung mekanisme terbaru itu turut mendapat perhatian Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PTPTN Makin Celaru. Presiden PKR itu dilaporkan berkata, pihaknya akan mengemukakan keresahan peminjam itu untuk pertimbangan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan. - free malaysia today
Iklan
PTPTN Makin Celaru
Sekianlah artikel PTPTN Makin Celaru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PTPTN Makin Celaru linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/12/ptptn-makin-celaru.html
0 Response to "PTPTN Makin Celaru"
Posting Komentar