Judul : Menteri Didesak Letak Jawatan
link : Menteri Didesak Letak Jawatan
Menteri Didesak Letak Jawatan
Menteri Didesak Letak Jawatan. Datuk Kamarudin Jaffar berkata isu gesaan Gabungan Teksi Se-Malaysia yang mendesak Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sepatutnya tidak timbul.
Timbalan menteri pengangkutan itu berkata, ini kerana segala keputusan yang dibuat adalah secara bersama-sama, bukannya oleh individu.
Beliau berkata, banyak pertemuan telah diadakan dengan persatuan pemandu teksi bukan sahaja oleh menteri tetapi juga kementerian.
Menteri Didesak Letak Jawatan. “Sebenarnya kita ada perancangan dasar yang jelas sebagaimana yang telah diumumkan untuk memastikan industri teksi dan e-hailing diberikan layanan dan diletakkan syarat yang sama,” katanya kepada FMT selepas menghadiri Forum Ilmuan Islam di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan Gabungan Teksi Se-Malaysia yang sebelum ini mendesak Loke agar meletak jawatan kerana didakwa tidak menghormati teguran perdana menteri tentang permasalahan dihadapi pemandu teksi.
Pada Ahad lalu, pertemuan antara perdana menteri dan persatuan pemandu teksi di Langkawi, Kedah, kecoh apabila beberapa ahli persatuan bertindak keluar majlis kerana tidak bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir Mohamad berhubung perkhidmatan perkongsian kenderaan.
Kira-kira 10 orang pemandu berteriak dan mengeluarkan kata-kata kesat sambil berjalan keluar ketika perdana menteri berkata beliau akan mencari jalan terbaik menyelesaikan isu berbangkit.
Menteri Didesak Letak Jawatan
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata keputusan yang dibuat secara bersama itu bertujuan memastikan tidak ada pihak mendapat kelebihan atau kemudahan seperti lesen memandu, syarat dan insuran kereta.
“Malah kita telah meringankan tanggungan pemandu teksi dengan menetapkan teksi yang berusia lebih 3 tahun kini hanya perlu diperiksa sekali setahun berbanding dahulu setiap 6 bulan,” katanya.
Kamarudin yang juga merupakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mempunyai perancangan bagi membantu pemandu teksi dari segi penggunaan aplikasi “e-panggilan”.
“Langkah ini supaya mereka juga dapat memberikan khidmat ‘e-hailing’, bukan sahaja pemandu e-hailing, tetapi juga pemandu teksi.
Menteri Didesak Letak Jawatan
“Ini antara usaha yang telah dilakukan untuk memastikan perkhidmatan e-hailing dan juga teksi mendapat kedudukan sama supaya mata pencarian pemandu teksi tidak terjejas,” katanya. - free malaysia today
Iklan
Menteri Didesak Letak Jawatan
Sekianlah artikel Menteri Didesak Letak Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Menteri Didesak Letak Jawatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/10/menteri-didesak-letak-jawatan.html
0 Response to "Menteri Didesak Letak Jawatan"
Posting Komentar