Judul : Berita Menguntungkan
link : Berita Menguntungkan
Berita Menguntungkan
Sejak beberapa tahun yang lepas, syarikat-syarikat besar mahupun kecil mula memberi keutamaan kepada kesihatan pekerjanya, salah satu kaedah terbaru mereka ialah dengan memberi ganjaran kepada pekerja yang berjaya menghilangkan berat badan.
Terbaru, sebuah syarikat di Guilin,China sedia memberi bonus dalam bentuk ganjaran berupa wang tunai, RM180 (300 yuan) bagi setiap kilogram yang berjaya diturunkan oleh pekerjanya.
Perkara itu mendapat perhatian meluas bukan sahaja dalam kalangan kakitangan malah segelintir netizen yang melihat program pengurusan badan selama 3 bulan tersebut amat berbaloi.
Penawaran itu, pastinya memberi motivasi kepada pekerja untuk melibatkan diri dalam cabaran menguruskan badan sehingga ada yang menetapkan penurunan sebanyak 15 kilogram dalam masa 90 hari bermula 11 September lalu.
Menurut laporan Pear Video, salah seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Meng berkata dia berjaya menurunkan 5kg sejak tempoh bermulanya program tersebut.
“Saya teruja untuk menurunkan berat badan. Setakat ini saya sudah kumpul RM900 (1500 yuan) dan saya akan terus berusaha untuk mengumpul lebih banyak lagi,” katanya.
Bagaimanapun, program ini juga ada helahnya, di mana peserta yang gagal menurunkan berat badan, akan dikenakan denda sekali gus hilang bonus.
Apapun ramai yang memilih untuk menyertai program yang dianggap buat pertama kali berpihak kepada ‘orang gemuk’ dan peluang yang cerah untuk mengumpul duit berbanding kehilangannya. - free malaysia today
Iklan
Berita Menguntungkan
Sekianlah artikel Berita Menguntungkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Berita Menguntungkan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/10/berita-menguntungkan.html
0 Response to "Berita Menguntungkan"
Posting Komentar