Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson
link : Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson

Baca juga


Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson. ADUN PKR, M Ravi meramalkan Umno kemungkinan besar tidak akan bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.

Sebaliknya, beliau berkata PAS akan mengambil alih tempat Umno menentang calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson. "Ramalan saya Umno akan tarik diri. Dan PAS akan mengambil alih tempatnya," kata ADUN Sri Tanjung di Port Dickson itu.

Selain Sri Tanjung, terdapat empat kerusi DUN di bawah parlimen Pork Dickson iaitu Chuah, Lukut, Bagan Pinang dan Linggi.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14(PRU14) HARAPAN berjaya mengekalkan kerusi DUN Sri Tanjung, Chuah dan Lukut. Manakala, Linggi dan Bagan Pinang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang tipis.

'Umno PD bermasalah'

"Selaku anak tempatan, saya boleh mengesyorkan bahawa Umno bahagian Port Dickson merupakan bahagian paling bermasalah. Malah, PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dilahirkan di PD, merupakan bukti kelemahan Umno di PD," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson


"Di Port Dickson, Umno berpecah dengan dua kem iaitu kem Mohd Hassan dan Isa Samad. Salah satu daripadanya sentiasa boikot yang lain sekiranya ada sebarang pemilihan melibatkan Umno," tambah beliau.

Mohd Hassan dan Isa Samad masing-masing merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan sering didakwa sebagai tidak sehaluan di dalam Umno.

PRK Port Dickson (dahulu Telok Kemang) diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, melepaskan jawatan wakil rakyat kawasan itu bagi memberi laluan kepada Anwar yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR, untuk bertanding dan kembali sebagai seorang anggota parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menewaskan calon Barisan Nasional Datuk VS Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,710 undi.

Port Dickson yang merupakan kerusi tradisi MIC, bertindak tarik diri pada PRK kali ini selepas kecewa dengan Umno yang mengumum bertanding tanpa berbincang dengan MIC yang merupakan parti komponen BN bersama Umno dan MCA.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 September sebagai hari penamaan calon dan 13 Oktober sebagai hari mengundi di parlimen yang mempunyai 75,770 jumlah pengundi.

Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan kemungkinan ADUN Linggi, Datuk Abd Rahman Mohd Redza bertanding di PRK PD sangat tipis.

"Senario politik sekarang sangat berbeza berbanding menjelang PRU14. Pada PRU14, BN merupakan kerajaan pusat dan negeri menggunakan segala tenaga bagi menangkan kerusinya, Namun, masih hanya mampu menang di Linggi dengan majoriti tipis.

"Kini, kerajaan sudah ditukar. BN tidak mampu mengerahkan tenaga seperti dulu," jelas beliau. Saya percaya Abd Rahman memahami senario semasa dan akan mengundur diri.

Ravi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkata partinya sudah bersiap sedia menghadapi PRK.

"Kami sudah sedia seratus-peratus. Sasaran utama kami adalah memperbesarkan majoriti yang diperolehi pada PRU yang lalu," katanya lagi.

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson


Difahami, Umno akan mengumumkan keputusan mengenai meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Bekas SU agung MIC undur jika Umno tak tanding

Dalam pada satu perkembangan terbaru, bekas setiausaha MIC Datuk G Kumaar Aamaan yang mengumum bertanding sebagai calon bebas pada PRK PD berkata sedia mengundur sekiranya Umno tidak bertanding.

"Matlamat saya adalah memastikan Umno kalah teruk pada PRK ini. Sekiranya, Umno tidak bertanding, maka saya akan mengundur diri bertanding dari PD," katanya.

Beliau turut mengesahkan akan berkempen bagi pihak Anwar supaya memastikan beliau menang besar khususnya menerima undi India.

"Saya sudah berada di PD sejak dua minggu ini. Dan melawat pengundi India. Saya fahami kehendak mereka dan akan memastikan sokongan pengundi India kepada HARAPAN.

Kumar yang juga calon PAS pada PRU 14, di DUN Tanah Rata turut mengharapkan Anwar akan kembalikan kerusi parlimen PD kepada seorang calon India pada PRU akan datang.

Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson. "Kami rakyat India Malaysia sangat berharap kerusi PD akan dikembalikan kepada seorang calon India pada PRU15 nanti. Malah, saya sedia menjadi kordinator kepada Anwar sekiranya diberi peluang," katanya lagi. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson

Sekianlah artikel Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/09/umno-tidak-bertanding-prk-port-dickson.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umno Tidak Bertanding PRK Port Dickson"

Posting Komentar