Judul : Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
link : Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia. Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang menganggap Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) lebih baik berbanding BR1M, kurang dipersetujui penduduk di DUN itu.
Tinjauan FMT di sekitar Kampung Lindungan mendapati rata-rata penduduk di situ beranggapan pemberian BR1M yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini mempunyai faedahnya tersendiri, selain skim IPR oleh kerajaan Selangor yang diterima mereka.
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia. Roziana Bahrom, 38, bantuan sebanyak RM1,200 melalui BR1M banyak membantunya sekeluarga lebih-lebih lagi ia disalurkan ketika musim tertentu seperti musim buka sekolah dan Hari Raya.
“Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) memang bagus, tapi itu hanya untuk keperluan dapur sahaja seperti barang-barang basah dan kering.
“Selalu BR1M ni datang waktu orang nak raya, dia datang waktu yang tepat jadi sangat membantu,” katanya.
Selasa lalu, Halimey berkata IPR seperti KISS sahaja berjaya membantu 30% atau lebih 8,000 wanita di DUN itu yang rata-ratanya kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan daripada kerajaan.
“Selama saya berkempen mereka hanya bercerita tentang IPR.
“Baru tadi pun sama juga, kita pergi ‘walkabout’ di Kelana Jaya, mereka kata yang penting sekali adalah IPR. Bagi mereka BR1M ni tak apa, mereka mahu kelebihan duduk di Selangor,” katanya.
Sementara, seorang suri rumah, Norazlinda Rosli berkata kerajaan wajar mengekalkan kedua-dua pemberian BR1M dan IPR kepada golongan berpendapatan sederhana sepertinya.
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
Katanya, meskipun golongan wanita menerima banyak faedah melalui bantuan yang diberikan kerajaan Selangor seperti KISS dan Skim Peduli Sihat, namun wang yang diperoleh daripada BR1M sangat membantu beliau sekeluarga lebih-lebih lagi ketika keadaan mendesak.
“Sebenarnya IPR dan BR1M sama-sama baik.
“Sebabnya kalau KISS tu RM200 hanya untuk barang-barang dapur, macam BR1M, duit ada di tangan jadi kita boleh beli keperluan lain. Mana yang kita tidak terbayar tu, kita boleh ‘back-up’ balik untuk perbelanjaan harian sementara nak tunggu gaji,” katanya.
Manakala seorang jurujual kereta sambilan, Ahmad Taufiq Khalil, 41, berpendapat kerajaan perlu seimbang dalam pemberian bantuan kepada rakyat tanpa perlu membuat tindakan drastik menghapuskan BR1M.
Sambil mengakui skim IPR membantu golongan wanita, bapa kepada 3 anak itu berkata BR1M bagaimanapun dilihat mampu menjadi sumber kewangan penting buat keluarganya.
“BR1M ni diberi bukan pada setiap bulan dan KISS pula lebih kepada suri rumah.
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
“Jadi kalau BR1M mungkin wang itu boleh dikongsi dengan pasangan walaupun atas nama isteri atau suami.
“Lebih baik jika IPR diteruskan, BR1M juga perlu diteruskan. Jadi baru seimbang,” katanya.
IPR dilaksanakan sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor daripada BN.
Manakala, BR1M pula dilaksanakan sejak 2012 apabila ia dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun sebelumnya dengan tujuan bagi membantu golongan sasar.
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia. Namun Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. - free malaysia today
Iklan
Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia
Sekianlah artikel Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/09/tinjauan-mengejutkan-di-prk-seri-setia.html
0 Response to "Tinjauan Mengejutkan Di PRK Seri Setia"
Posting Komentar