Judul : Daim Menjawab Tohmahan
link : Daim Menjawab Tohmahan
Daim Menjawab Tohmahan
Lebih baik tulus mengenai keadaan hutang negara daripada menipu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, kerajaan pada hari ini sanggup berterus-terang dan menolak rasuah selain berusaha melaksanakan pembaharuan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya jika tindakan mendedahkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion akan menyebabkan kebimbangan dalam kalangan pelabur.
“Agensi penarafan berjumpa saya, saya kata apa (yang anda) mahu. Mahu kita tipu, kita boleh tipu, kita tipu. Itukah (yang) dia mahu. Lebih baik (kita) berterus-terang,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.
Rancangan bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.
Daim berkata, bersikap terbuka mengenai keadaan sebenar akan membolehkan agensi penarafan melakukan analisis yang betul mengenai negara dan keputusan pelaburan.
“Dia (agensi penarafan) datang (ke) negara ini (dengan memperolehi butiran yang) semuanya tulus, kalau kita sembunyi, buat apa, esok terkejut. Jangan (berbuat demikian). Mereka faham,” katanya apabila ditanya mengenai sentimen pelabur.
Daim juga memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom malah pelabur juga amat berminat untuk mendengar penjelasan beliau mengenai pembaharuan Malaysia.
“Ini yang penting. Jangan sesekali sembunyi. Ini keadaan sebenar. Kita tidak mahu tipu,” katanya. - free malaysia today
Iklan
Daim Menjawab Tohmahan
Sekianlah artikel Daim Menjawab Tohmahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Daim Menjawab Tohmahan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/09/daim-menjawab-tohmahan.html
0 Response to "Daim Menjawab Tohmahan"
Posting Komentar