Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya

Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya
link : Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya

Baca juga


Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya

Selepas dikecam pelbagai pihak pihak Harakah hari ini membuat permohonan maaf atas siaran sebuah artikel yang dianggap menghina kerajaan Selangor.

Dalam kenyataan pendek dikeluarkan hari ini, jabatan pengarang akhbar rasmi PAS itu berkata, rencana berjudul PRK Seri Setia: PAS lawan Darul LGBT itu tidak ditujukan kepada rakyat Selangor atau institusi diraja negeri terbabit.

Namun, kata kenyataan itu, Harakah mendakwa berlaku "salah tafsir" terhadap rencana berkenaan.

"Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak sidang pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai," katanya.

Rencana itu ditulis wartawan veteran Subky Latif yang memang terkenal dengan ketajamannya mengulas sesuatu isu secara bersahaja.

Bagaimanapun tulisan yang tersiar dalam Harakah edisi 2376 itu menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Selain dianggap semberono mengaitkan kerajaan negeri dengan alaman lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia juga secara tidak langung terarah kepada Sultan Selangor sebagai ketua negeri.

Doa hancurkan pakatan jahat

Ia menarik perhatian kerana rencana kolumnis berkenaan disiarkan menjelang kurang dari 10 hari lagi sebelum pilihan raya kecil Seri Setia dan Balakong.

PAS meletakkan bekas exco Selangor Dr Halimah Ali sebagai calonnya di Seri Setia, selain menggesa penyokong parti terbabit memberikan undi kepada MCA yang mewakili pembangkang di Balakong.

Untuk rekod ia bukanlah kali pertama PAS mengundang kritikan ramai dalam aktiviti politik mereka di Selangor.

Pada Mac lalu PAS Selangor turut menimbulkan kontroversi ekoran doa yang dibacakan salah seorang pemimpinnya Ahmad Dusuki Abd Rani. Ia berlangsung menjelang pilihan raya umum ke-14.

Antara lain doa dibacakan Ahmad Dusuki itu ialah:

"Di malam yang baik ini, Ya Allah, kami berkumpul di padang ini mengharapkan kejayaan kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, khususnya di bumi Selangor ini dalam pilihan raya yang akan kami lalui.

Kami memohon, mengadu kepada-Mu Ya Allah betapa lama bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak (dengan) cara agama.

Kami memohon kepada-Mu Ya Allah agar diberi peluang kepada Parti Islam Se-Malaysia, PAS, untuk memerintah bumi Selangor ini.

Berilah peluang untuk melihat keadilan Islam, berilah peluang untuk melihat betapa indah agama-Mu ini di bumi bertuah ini. - malaysiakini






Iklan
Image
Image
Image
Image







Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya

Sekianlah artikel Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/08/akhbar-ini-mohon-maaf-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Akhbar Ini Mohon Maaf Atas Keceluparannya"

Posting Komentar