VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG
link : VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Baca juga


VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal dilaporkan lumpuh selepas ramai dikalangan mereka mengumumkan keluar parti, selain akan memboikot kempen pilihanraya umum kali ini.

Tindakan kesemua ahli PKR itu selepas kecewa dengan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan yang mengabaikan dan tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi.

Tidak akan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan belum terfikir untuk menyertai mana-mana parti lain pada ketika ini, kata Ahli Jawatankuasa PKR Tasek Gelugor, Mohd Fauzi Hassan selepas mengumumkan keluar dari parti.

Semalam, seramai 200 ahli PKR termasuk Mohd Fauzi mengumumkan meninggalkan parti berkenaan, susulan mendakwa diabaikan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan.

Mohd Fauzi berkata, mereka mengambil tindakan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pucuk kepemimpinan PKR ketika ini yang dilihat tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi.

Kata beliau, mereka anggota akar umbi sering diabaikan oleh pimpinan parti dan langsung tidak dihiraukan oleh orang atas.

Beliau juga berkata, usaha mereka untuk berjumpa dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman juga tidak berhasil apabila beliau gagal ditemui untuk membincangkan urusan berkenaan parti.

“Sikap Mansor ini sama saja dengan pimpinan PKR lain. Kami sudah berjuang bersama PKR sejak sekian lama, kami menyumbang masa dan wang ringgit kerana sayangkan parti ini.

“Tetapi kami dibuat umpama ‘tongkol kayu’. Seolah-olah kami ini hiasan sahaja dalam PKR. Sudah cukup semua ini dan dengan berat hati kami memutuskan keluar parti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi juga berkata, ada ramai lagi anggota akar umbi parti tersebut akan mengambil keputusan sama seperti mereka kerana turut tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abd Razak mengumumkan keluar parti berkenaan bersama lebih 100 anggota PKR dari Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasik Gelugor.

Mereka mengambil keputusan berkenaan selepas kecewa dengan kelemahan kepimpinan PKR Pulau Pinang di bawah Mansor Othman dalam pelbagai isu.


VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Sekianlah artikel VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/video-jentera-pkr-boikot-kempen-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG"

Posting Komentar