Judul : Shafie Apdal Diserang
link : Shafie Apdal Diserang
Shafie Apdal Diserang
Shafie Apdal Diserang. Saingan untuk memenangi hati dan undi Kadazandusun Murut (KDM) yang amat kritikal membawa kepada video pendek yang tersebar dengan menyasarkan kelayakan Datuk Seri Shafie Apdal bersuara untuk komuniti itu.
“Adakah anda yakin Shafie Apdal, seorang pemimpin yang sekian lama ekstrem dengan kemelayuannya, selepas disingkirkan Umno, beliau tiba-tiba menjadi malaikat yang jatuh cinta dengan Kadazandusun Murut?” soal seorang speaker dalam satu daripada rakaman video itu.
Shafie yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Semporna dan bekas naib presiden Umno, dipecat daripada Kabinet pada 2015 selepas tidak sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau kemudian menubuhkan Parti Warisan Sabah, yang menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Video itu kemudiannya mempersoalkan kemampuan Shafie menyelesaikan krisis pendatang asing di negeri itu, di mana sebahagian orang tempatan menyalahkan kononnya projek IC kerana puluhan ribu kad pengenalan didakwa diberikan kepada warga asing di bawah pemerintahan Dr Mahathir pada 1980-an.
Shafie Apdal Diserang
“Adakah anda nampak pemimpin Warisan ini, Shafie bin Apdal, lelaki yang boleh menyelesaikan masalah PTI (pendatang asing tanpa izin) dan IC palsu?” soal speaker itu.
Shafie diserang pemimpin dan ahli politik negeri itu, selepas bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu berkata, beliau berdepan halangan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek kerajaan persekutuan.
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menyangkal dakwaan itu dengan berkata, Shafie cuba menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.
“Shafie diperuntukkan dana RM7.5 bilion di bawah kementeriannya untuk Sabah sahaja. Saya fikir ia akan banyak membantu Sabah, tetapi saya silap.
Shafie Apdal Diserang. “Sekarang apabila semua projek itu gagal mencapai objektifnya dan Shafie menjadi pembangkang, beliau dengan mudah melepaskan tanggungjawab dan menyalahkan saya,” kata Musa. - free malaysia today
Shafie Apdal Diserang
Sekianlah artikel Shafie Apdal Diserang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Shafie Apdal Diserang linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/shafie-apdal-diserang.html
0 Response to "Shafie Apdal Diserang"
Posting Komentar