PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD

PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD
link : PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD

Baca juga


PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD

JERLUN: Baru beberapa jam selepas memuji dua tokoh pemimpin PAS, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mempersendakan pula parti itu dengan bercanda mengenai cara PAS menilai Islam.



Kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap di hadapan penyokong sempena program Jelajah Pakatan Harapan di Padang Sera, di sini, bukan sahaja mempersenda PAS, malah turut dianggap menjadikan Islam sebagai bahan senda gurau.



Berdasarkan kenyataan itu, Mahathir yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi, berkata PAS hari ini bukan lagi seperti dulu kerana didakwa beliau sudah dikaburi wang ringgit.



“Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.



“Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja “duit.



“Bila nampak duit boleh la jadi Islam.



“Islam sudah dijual dengan harga yang cukup murah, sedangkan al-Quran berkali-kali mengingatkan jangan kamu jual ayat-ayat kami ini untuk keuntungan yang sebegitu,” katanya.



Terdahulu pada sebelah petang, Mahathir ketika turun ke kawasan Pokok Sena sempat menziarahi kubur bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor yang disifatkan beliau sebagai penasihat agama peribadi beliau.



Selain Fadzil, Mahathir turut memuji bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yang dianggap sebagai tokoh luar biasa yang juga mempunyai hubungan baik dengan beliau.



Sementara itu, Mahathir ketika ceramah sama malam tadi, turut mengulangi tuduhan bahawa PAS menerima wang daripada UMNO.



“Dulu PAS miskin kena kerabat (panjat) pokok nyior (kelapa) nak pasang bendera, tetapi lani (sekarang) boleh upah orang sebab banyak duit…mana dapat duit? UMNO bagi la sebab kawan baik.



“Bulan (PAS) ni sedih, dulu seketul keras macam batu, tetapi sekarang dah pecah sebahagian jadi Amanah (Parti Amanah Negara) dan banyak lagi dah keluar, termasuk Nik Omar (Nik Omar Nik Aziz) anak Nik Aziz (bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang tau PAS bukan lagi seperti zaman bapanya.



“Ini semua karut sahaja dan (PAS) guna agama untuk pancing undi,” katanya.


PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD

Sekianlah artikel PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/pas-guna-agama-untuk-pancing-undi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS GUNA AGAMA UNTUK PANCING UNDI – MAHATHIR MOHAMAD"

Posting Komentar