GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG

GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG
link : GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG

Baca juga


GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG

BUTTERWORTH: Pelbagai skandal dan kontroversi yang melanda pentadbiran DAP Pulau Pinang, akan menjadi penyumbang utama kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata parti komponen BN iaitu GERAKAN dan MCA juga diramal memperoleh beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, selepas gagal memperoleh sebarang kerusi pada pilihan raya lalu.

“Saya fikir GERAKAN dan MCA mungkin dapat ‘memperoleh sesuatu’ pada PRU-14 ini, sementara UMNO pula dapat menambah beberapa kerusi,” katanya ketika ditemui selepas menyertai protes menuntut pemansuhan plaza tol Sungai Nyior, di sini, hari ini.Pada PRU-13, DAP memenangi semua 19 kerusi yang ditandingi, PKR mendapat 10 kerusi dan PAS satu kerusi. UMNO pula memperoleh 10 kerusi DUN.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN.

Mengulas lanjut, Cheng Guan berkata, ramalan beliau itu adalah berdasarkan sentimen rakyat yang seolah-olah menyesal terhadap keputusan mereka pada dua pilihan raya lalu, selain bersedia untuk melakukan perubahan.Katanya, ia jelas terbukti pada program Ceramah Mega PRU-14 anjuran pakatan diketuai DAP pada Rabu lalu, apabila ia gagal menarik ramai orang awam.

“Dalam ceramah mega yang sama pada 2008, sebanyak 70,000 orang dianggarkan hadir sehingga melimpah ke jalan raya. Namun, pada program itu baru-baru ini, kita melihat ia tidak seramai pada 2008.“Orang ramai kini sedar dengan begitu banyak perkara berlaku di negeri ini selepas 10 tahun pemerintahan pembangkang,” katanya.Cheng Guan berkata, tindakan kepemimpinan tertinggi pakatan itu yang menindas pemimpin yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, akan ‘memakan diri’ diri mereka.

“Apa yang dikehendaki DAP bukan wakil rakyat yang berkhidmat kepada rakyat, tetapi mereka yang boleh ‘menyembah Tokong’,” katanya.Tokong adalah rujukan yang diberikan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng oleh bekas timbalannya, Datuk Mansor Othman, pada 2012.


GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG

Sekianlah artikel GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/05/gerakan-mca-mungkin-dapat-memperoleh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "GERAKAN & MCA MUNGKIN DAPAT ‘MEMPEROLEH SESUATU’ PADA PRU14 – HUAN CHENG"

Posting Komentar