SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL

SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL
link : SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL

Baca juga


SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL

Sejak bersama gabungan pembangkang PKR, Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas semakin bercelaru dan terbaharu apabila menuding jari kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan kegagalan perniagaan kedai roti premium, The Loaf miliknya hingga terpaksa gulung tikar baru-baru ini.

Kecelaruan itu semakin kritikal apabila Dr. Mahathir mengeluarkan tiga kenyataan berbeza. Awalnya, sudah menjual saham kedai roti tersebut. Kemudian, tidak mempunyai sebarang pegangan saham dengan kedai roti itu dan terkini, beliau cuba menjadikan kedai roti tersebut sebagai modal politik untuk menyerang kerajaan.

Menurut pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob, calon Perdana Menteri sementara gabungan pembangkang PKR itu seolah-olah dikawal oleh individu tertentu apabila mengeluarkan kenyataan yang berubah-ubah mengenai isu kedai roti tersebut.

“Dengan situasi politik semasa dan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir, beliau cuba menyerang kerajaan dengan menjadikan penutupan kedai roti tersebut sebagai modal politik untuk meraih simpati rakyat.

“Dr. Mahathir seolah-olah tidak bersedia untuk memberi jawapan mengenai penutupan kedai roti tersebut. Hari ini cakap lain, esoknya cakap lain. Beliau seolah-olah mahu menyembunyikan kegagalannya mengurus perniagaan dengan menyalahkan pihak lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, kecelaruan Dr. Mahathir itu turut menjadi bahan sindiran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Teluk Intan, Perak.

Najib dalam ucapannya berkata, keadaan ekonomi yang berkembang baik ketika ini membolehkan banyak perniagaan termasuk penjualan roti dan perniagaan mi rebus terkenal di bandar Teluk Intan, Mi Mastan Ghani berkembang maju.

“Kedai roti lain tak tutup, malah maju seperti Roti Boy, Gardenia malah saya percaya yang jual mi rebus di sini iaitu Mastan Ghani pun berniaga maju,” kata Najib ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan di Jalan Changkat Jong di sini hari ini.

Sementara itu, Abu Sofian berkata, setiap usahawan perlu melakukan kajian dan menilai perniagaan masing-masing supaya mampu menjadi lebih kompetitif dalam cabaran ekonomi ketika ini.

Katanya, apabila usahawan itu menyasarkan golongan berpendapatan tinggi sebagai kelompok sasaran, risiko yang perlu diambil adalah pulangan pasaran yang terhad dan ia memerlukan persediaan rapi untuk kekal dalam industri tersebut.

“Kita lihat banyak lagi kedai atau restoran premium yang berjaya kekal dalam industri tersebut kerana mereka begitu kompetitif dan sentiasa menambah baik produk masing-masing untuk menambat hati pengguna.

“Kalau peniaga itu malas untuk menambah baik produk, perniagaan mereka tidak akan bertahan lama. Tidak elok untuk kita menyalahkan orang lain atas sikap malas diri sendiri,” katanya. -UTUSAN ONLINE


SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL

Sekianlah artikel SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/salahkan-bn-kedai-tutup-kecelaruan-dr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SALAHKAN BN KEDAI TUTUP, KECELARUAN DR. MAHATHIR MAKIN KRITIKAL"

Posting Komentar