Puad Zarkarshi Buat Kejutan

Puad Zarkarshi Buat Kejutan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Puad Zarkarshi Buat Kejutan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Puad Zarkarshi Buat Kejutan
link : Puad Zarkarshi Buat Kejutan

Baca juga


Puad Zarkarshi Buat Kejutan

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi tidak memberitahu sebab beliau tidak menyertai pertandingan pelbagai penjuru di Parlimen Batu Pahat sebagai calon bebas, selepas tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional.

Ahli majlis tertinggi Umno itu sedar akan ada orang mengutuknya kerana menukar fikiran.

“Mereka akan kata, saya “hangat-hangat tahi ayam”. Saya hanya marah dan mengugut. Biarlah saya berahsia kenapa tidak jadi bertanding,” katanya kepada FMT.

“Saya yakin bahawa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) landskap politik terutamanya di Johor akan berubah.”

Pemberita ternanti-nanti penampilan Puad, yang dikatakan mahu menyertai pertandingan di Batu Pahat menentang gabungan BN, PH dan PAS, tetapi beliau tidak muncul untuk menyerahkan borang pencalonan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pertandingan 3 penjuru di Parlimen Batu Pahat, melibatkan calon BN, Pakatan Harapan dan PAS.

Calon BN, Haliza Abdullah, ketua Wanita Umno Batu Pahat, akan bertemu calon PH, Datuk Mohd Rashid Hasnon, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, dan calon PAS, Datuk Mahfodz Mohamed, ketua Ulama PAS.

Kerusi itu ketika ini dipegang PKR, yang menewaskan Puad pada PRU13 dengan majoriti 1,732 undi.

“Percayalah, saya tetap tabah. Kesemuanya ini menjadikan saya lebih berani untuk melawan sistem yang rosak yang diperkudakan oleh segelintir pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

“Tiada siapa yang boleh menggerunkan saya kecuali Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Puad berkata kelapangannya hari ini membolehkan beliau mengiringi anak perempuannya, Nur Hanini ke majlis persandingan di pihak keluarga lelaki di Bandar Baru UDA.

Sebelum ini, keluarganya redha jika beliau tidak dapat hadir meraikan majlis persandingan anaknya.

“Allah maha mengasihani. Daripada melencong ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Batu Pahat, saya dan keluarga meneruskan perjalanan ke Johor Bahru.

“Ternyata keluarga adalah segala galanya. Mereka lebih memahami. Merekalah benteng terakhir saya dan sudah tentu Allah yang maha pengasih dan penyayang,” katanya.

Puad juga berterima kepada semua pihak daripada rakyat biasa hinggalah rakan rakan seperjuangan, NGO, pemimpin politik termasuk pembangkang, dan pelajar dalam dan luar negara yang pernah dilatihnya semasa di Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). - free malaysia today




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image








Puad Zarkarshi Buat Kejutan

Sekianlah artikel Puad Zarkarshi Buat Kejutan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Puad Zarkarshi Buat Kejutan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/puad-zarkarshi-buat-kejutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Puad Zarkarshi Buat Kejutan"

Posting Komentar