Judul : Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018
link : Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018
Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang bertujuan mengekang penyebaran berita palsu dan mewujudkan langkah-langkah pencegahan.
Rang undang-undang itu diluluskan menerusi suara majoriti di peringkat jawatankuasa dengan pindaan pada Fasal 4 bagi menggantikan perkataan 'diketahuinya' (knowingly) dengan perkataan 'niat jahat' (maliciously).
Pindaan itu juga melibatkan pengurangan hukuman penjara daripada 10 tahun kepada enam tahun pada Fasal 5.
Terdahulu, G. Manivannan (PKR-Kapar) meminta usul undi belah bahagi dilakukan di peringkat dasar selepas sesi penggulungan rang undang-undang berkenaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudian mengumumkan rang undang-undang itu diluluskan dengan 123 undi menyokong berbanding 64 yang menentang. #sumber
Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018
Sekianlah artikel Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/persidangan-dewan-rakyat-telah.html
0 Response to "Persidangan Dewan Rakyat Telah Meluluskan RUU Antiberita Tidak Benar 2018"
Posting Komentar