MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas

MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas
link : MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas

Baca juga


MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas

SITIAWAN – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menafikan laporan menyebut penceramah, Datuk Mohd Kazim Elias akan bertanding calon bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei.
Zambry berkata perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ustaz Kazim melalui mesej kepadanya selepas berita itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

“… itu perkara tidak benar. Datuk Ustaz Kazim mengatakan beliau tidak tahu siapa yang mereka (cerita) atau membaca yang tersirat, walhal dia tidak bermaksud begitu.

“Beliau memang suka buat ayat-ayat biasa yang menyeronokkan (dalam media sosial) tetapi ada orang lain mentafsir sebaliknya. Jangan percaya apa yang disebutkan (khabar angin),” katanya.

Zambry berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Lot Rancangan Perumahan Terancang (RPT) Kampung Sungai Tiram Lekir di sini hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Ustaz Kazim bersama dua abangnya, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Mohd Najmuddin dan penyandang kerusi DUN Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah sedang menimbang keputusan untuk bertanding Bebas.

Zambry berkata Mohd Najmuddin dan Ahmad Hasbullah turut menghubunginya bagi menafikan khabar angin itu pagi tadi.

“Mereka macam Datuk Ustaz Kazim juga menyatakan sebagai pendakwah dan hanya suka berada di luar lingkungan politik dan memberi pandangan kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Pada program itu hampir 300 penerima surat tawaran RPT menerima surat tersebut bagi menyelesaikan masalah tapak lot rumah di Kampung Sungai Tiram.

Terdahulu Zambry turut menyampaikan surat tawaran kepada 116 penerima pada Majlis Penyampaian Surat Tawaran Kelulusan Hak Milik Individu di kawasan 5 Lot Kampung Deralik, di Dewan Ladang Sungai Wangi di sini. – BERNAMA


MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas

Sekianlah artikel MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/mb-perak-nafi-laporan-ustaz-kazim.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB Perak Nafi Laporan Ustaz Kazim Bertanding Bebas"

Posting Komentar