Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam

Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam
link : Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam

Baca juga


Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa paling kuat menentang pelaksanaan perundangan Islam sepenuhnya di Kelantan terutama selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan Enakmen Undang Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Mahathir yang ketika itu memegang jawatan perdana menteri kemudian menghantar sepucuk surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan ketika itu Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Kelantan tidak meneruskan hasrat untuk menguatkuasakan enakmen berkenaan atau diambil tindakan.

“Inilah yang berlaku sebenarnya… Mahathir bersama timbalannya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menghalang pelaksanaan perundangan Islam di negeri Kelantan setelah dua pertiga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pelaksanaan enakmen tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas program ceramah perdana Kompleks Latihan Islam Negeri Sembilan, Ampangan di sini, malam tadi.

Sementara itu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata ketika pemerintahan Mahathir, PAS yang mentadbir Kelantan ditekan dengan pelbagai bentuk tekanan termasuk dilewatkan agihan geran kepada kerajaan negeri, diugut malah diganggu-gugat pentadbiran menerusi pembentukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), selepas parti itu menang besar dalam pilihan raya umum 1990.

Beliau mendakwa kerajaan Persekutuan ketika itu sengaja melengahkan pembayaran peruntukan kepada kerajaan Kelantan yang sepatutnya dibayar pada bulan Februari atau April dan Jun atau Ogos setiap tahun, sehingga menjejaskan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.

“Setiap tahun, kerajaan pusat perlu membayar dua kali peruntukan (geran tahunan) kepada setiap kerajaan negeri termasuk Kelantan berdasarkan persetujuan pelaksanaan sistem Persekutuan seperti diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Lazimnya geran tahunan ini akan diberikan pada Februari atau Mac. Disusuli sama ada Julai atau Ogos. Namun dalam kes kerajaan Kelantan ini peruntukan hanya diberikan pada bulan Disember untuk melengahkan kerajaan kita membayar gaji kepada kakitangan,” katanya

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata keadaan itu berbeza di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih terbuka.

“Ini termasuk memberikan laluan untuk kita membentangkan usul persendirian Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) di Parlimen,” katanya. – BERNAMA


Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam

Sekianlah artikel Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/mahathir-paling-kuat-tentang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahathir Paling Kuat Tentang Pelaksanaan Islam"

Posting Komentar