MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD

MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD
link : MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD

Baca juga


MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD

KEHADIRAN Tun Dr Mahathir Mohamad menghilangkan sokongan aktivis dan penggerak utama di peringkat akar umbi pakatan pembangkang, dakwa pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard berkata, adanya bekas Perdana Menteri itu tidak akan membantu pakatan pembangkang untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebaliknya hanya membebankan ramai pihak.

Katanya, kerjasama antara Dr Mahathir dengan pembangkang ketika ini melenyapkan sokongan yang selama ini menjadi penggerak utama kepada PRU pada 2008 dan 2013.

“Beliau membawa sokongan baharu, ya tetapi Dr Mahathir juga yang menghilangkan sokongan aktivis, penggerak yang selama ini menjadi tapak sokongan parti.

“Saya percaya kita sudah kehilangan 50 ke 60 orang tapak sokongan atau aktivis yang bekerja, sebelum ini saya percaya akan ada ‘landslide’ tetapi (kehadiran) Dr Mahathir dengan sikap dan pertembungan politik, ia menjadi beban yang besar kerana beliau adalah ‘baggage’ kepada perubahan yang mahu dibawa kepada rakyat.

“Saya ulangi, tanpa Dr Mahathir kita mampu melakukan perubahan yang besar tetapi wujudnya beliau kita bermasalah dengan agenda perubahan reformasi yang mahu dibawa kepada negara,” katanya sidang media khas di Kuala Lumpur hari ini.

Pada sidang media itu, Chegubard melancarkan kempen siri risalah kompilasi jenayah kartel Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan menerbitkan lebih sembilan risalah berkaitan bukti, dokumen dan salah laku Menteri Besar Selangor.

Antaranya siri itu ialah berkaitan isu air Selangor, perlombongan pasir, tanah Ijok, Paya Indah dan senarai kekayaan Mohamed Azmin.

Ditanya adakah beliau bakal memerangi parti pembangkang pada PRU-14, Chegubard menyatakan tetap bersama PKR di peringkat nasional bukan di Selangor.

“Barisan Nasional boleh menjemput saya untuk bersama-sama mendedahkan kepincangan di Selangor dengan syarat tidak boleh mengarahkan apa yang perlu saya katakan,” katanya.


MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD

Sekianlah artikel MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/mahathir-menghilangkan-sokongan-aktivis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHATHIR MENGHILANGKAN SOKONGAN AKTIVIS AKAR UMBI PEMBANGKANG – CHEGUBARD"

Posting Komentar