KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT

KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT
link : KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT

Baca juga


KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tutup mulut berhubung kritikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya yang kembali aktif dalam politik tanah air.

Sebaliknya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa kritikan TMJ secara tidak langsung membantu pakatan itu lebih dikenali rakyat.

“Ia berkesan untuk menjadikan PH lebih popular. Anda sudah lihat komen di dalam Instagram dan Youtube, itulah komen rakyat. Saya rakyat juga, tetapi saya tidak mahu komen,” kata pengerusi PH itu dalam program “Fund raising luncheon: The Battle for Johor” di Ampang pada Ahad.

Turut hadir Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TMJ dalam satu catatan mendakwa Mahathir bukan mahu menyelamatkan negara, tetapi bekas perdana menteri itu aktif berpolitik kerana bimbang dengan masa depan anaknya.

Tanpa menamakan Mahathir, Tunku Ismail berkata, bekas perdana menteri itu bertanggungjawab memansuhkan kuasa sultan, rujukan jelas terhadap pindaan Perlembagaan pada 1990-an.

Sementara itu Mahathir berkata, mereka yang berminat menjadi ahli politik perlu bersiap sedia dikritik.

“Sekarang ini ramai mahu sertai politik, anda tahu jika sertai politik, anda mendedahkan diri anda dengan pelbagai gelaran keji.

“Saya sudah digelar dengan mahazalim, mahafiraun, diktator dan pelbagai nama yang tidak enak lagi. Jika sertai politik, mereka akan dapati semua gelaran keji ini akan menjadi nama baru anda.

“Saya nasihati siapa yang tidak tahan digelar dengan gelaran keji, jangan ambil bahagian dalam bidang politik,” katanya.


KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT

Sekianlah artikel KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/kritikan-tmj-mahathir-tutup-mulut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KRITIKAN TMJ : MAHATHIR TUTUP MULUT"

Posting Komentar