JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS

JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS
link : JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS

Baca juga


JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS

KUALA LUMPUR (9 April): CIMB IB Research menjangka pasaran saham tempatan untuk kekal tidak menentu semasa tempoh berkempen dan membuat pendirian defensif.

Dalam nota strategi hari ini, firma penyelidikan itu berkata ketegangan peperangan perdagangan AS-China adalah sebab kepada keadaan tidak menentu itu.

Tambahan pula, ia melihat sektor-sektor yang berpotensi untuk menang dari manifesto Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya 14 (PRU14) yang mana merangkumi sektor pengguna dan pembinaan.

Dalam laporan hari ini, CIMB Research berkata ia percaya pasaran menjangkakan parti pemerintah – BN – untuk menang dengan majoriti kerusi Parlimen yang selesa.

“BN kini mempunyai 133 daripada 222 kerusi di Dewan Parlimen. Kami melihat jangkaan BN untuk menang besar sebagai sesuatu yang dari neutral sehingga positif kepada pasaran. Prestasi pasaran saham selepas pilihan raya akan bergantung kepada tahap tekanan jualan semasa tempoh berkempen dan keputusan pengundian,” laporan itu menyatakan.

Manifesto PRU14 BN, yang dilancarkan pada Sabtu lepas, menyerupai Bajet awal, dengan janji untuk pangkalan pengundi yang luas (isi rumah berpendapatan rendah, peneroka Felda, golongan wanita, warga tua dan petani).

Janji-janji utama termasuk peningkatan dalam bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), menaikkan gaji minima kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun, potensi semakan dalam cukai pendapatan peribadi dan korporat, pengembangan bantuan perumahan mampu milik, insentif khas dan dana untuk peneroka Felda, dan pas pengangkutan awam bersubsidi, jalur lebar dan barangan/ perkhidmatan pengguna yang lain.

BR1M akan diperkenalkan untuk isi rumah dengan pendapatan sebanyak RM4000 hingga RM5000, yang akan menerima sejumlah RM700 dalam dua pembayaran pada bulan Jun dan Ogos, manakala pemberian BR1M sebanyak dua kali ganda akan diberikan pada bulan Jun dan Ogos untuk isi rumah dengan pendapatan di bawah RM4000 sebulan dan individu dengan pendapatan di bawah RM2000 sebulan.

Kenyataan itu berkata pembayaran BR1M tambahan yang berjumlah sekurang-kurangnya RM3.71 bilion atau 0.25% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2018, yang mana lebih tinggi daripada kenaikan gaji kakitangan awam minggu lepas sebanyak RM1.46 bilion, berkuatkuasa 1 Julai tahun ini.

Komitmen perbelanjaan baru membayangkan bahawa defisit bajet tidak akan bertambah baik dengan ketara daripada sasaran 2.8% daripada KDNK, walaupun terdapat kenaikan harga minyak dan pertumbuhan KDNK.

Jawatankuasa pilihan raya (EC) akan mengadakan mesyuarat khas untuk memutuskan, serta mengumumkan tarikh pencalonan dan pengundian.

Semasa PRU13, EC mengadakan mesyuarat khasnya seminggu selepas pembubaran Parlimen. Media tempatan telah melaporkan bahawa pengundian itu mungkin diadakan pada akhir April atau awal hingga pertengahan Mei, dan kemungkinan akan diadakan sebelum 17 Mei (tarikh sementara untuk permulaan Ramadan).

Perdana Menteri Malaysia (PM) Dato’ Sri Najib Razak membubarkan Parlimen Sabtu lepas (7 April), membuka jalan bagi PRU14 yang sangat dinanti-nantikan. Tindakan itu bukan sesuatu yang mengejutkan, kerana media tempatan telah melaporkan bahawa PM boleh membubarkan Parlimen seawal 6 April 2018.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mesti memanggil untuk pilihan raya dalam tempoh 60 hari dan SPR telah mendedahkan bahawa terdapat 14.94 juta pengundi berdaftar.


JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS

Sekianlah artikel JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/jangkaan-bn-untuk-menang-dilihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JANGKAAN BN UNTUK MENANG DILIHAT SEBAGAI POSITIF UNTUK PASARAN – PENGANALISIS"

Posting Komentar