JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN

JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN
link : JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN

Baca juga


JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya jika Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut bekas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman, berdasarkan ‘track record’ Pengerusi PPBM itu terbukti beliau bukanlah seorang pemimpin yang akan mengotakan janjinya.

“Sebenarnya kalau kita tanya soalan ini kepada rakyat Malaysia adakah rakyat Malaysia percaya setelah Tun (Dr Mahathir) memegang jawatan Perdana Menteri dia akan serahkan kepada Anwar? Sedangkan selama ini apabila Tun membuat satu janji, ia sentiasa tidak ditepati,” katanya yang lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan semula peristiwa yang menyaksikan Dr Mahathir membuat satu gerakan untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Contohnya beliau pernah mengatakan bahawa apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak akan mencampuri urusan politik negara. Itu janji dia. Tetapi kita tengok tidak lama selepas itu beliau telah mula satu gerakan untuk menjatuhkan Pak Lah (Tun Abdullah).

“Dan apabila Pak Lah meletakkan jawatan perkara sama disebutkan juga beliau tidak akan mencampuri urusan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Tapi hari ini beliau masih cuba mencampuri urusan. Tidak cukup dengan itu beliau menjahanamkan segala-galanya.

“Adakah dengan track record ini kita nak mempercayai Tun yang dia akan memberikan jawatan ini kepada Anwar? Saya yakin orang yang waras tidak akan mempercayainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada rancangan Xpress Persepsi.

Menurutnya lagi, hanya orang yang tidak tahu sejarah dan tidak membaca pemikiran Dr Mahathir sahaja yang akan mempercayai perkara tersebut.


JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN

Sekianlah artikel JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/jangan-percaya-kononnya-dr-m-akan-serah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JANGAN PERCAYA KONONNYA DR M AKAN SERAH JAWATAN PM – BEKAS ORANG KANAN"

Posting Komentar