Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL

Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL
link : Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL

Baca juga


Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL

Isu pengecualian cukai GST ke atas Projek ECRL telah hebat diperkatakan oleh pemimpin pembangkang baru-baru ini seolah-olah Kerajaan memberi pengecualian ke atas sebuah syarikat daripada negara luar.

2. Akibat daripada apa yang diperkatakan tersebut, terdapat segelintir rakyat yang terkeliru dengan tohmahan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti politik pembangkang yang secara jelas mempermainkan sentimen-sentimen tertentu bagi membangkitkan kemarahan.

3. Sikap tidak bertanggungjawab pembangkang ini hanyalah bertujuan kepentingan politik tanpa mengambil kira objektif serta tujuan mengapa pengecualian cukai ini berlaku.

4. Lebih mengecewakan lagi apabila para pemimpin pembangkang ini seolah-olah buta atau tuli dengan amalan ini yang biasa dilakukan oleh mana-mana negara terhadap projek-projek Kerajaan.

5. Malah, saya difahamkan juga bahawa amalan yang sama turut dilakukan sewaktu zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri yang mana terdapat pelbagai projek mega kerajaan pada waktu itu juga dikecualikan daripada cukai.

6. Adalah amat perlu diperjelaskan bahawa pengecualian cukai GST bukanlah terhadap syarikat China tersebut tetapi adalah terhadap Projek ECRL itu sendiri; dua entiti berbeza dan perlu dibezakan.

7. Lebih malang apabila pihak pembangkang seolah-olah mahu mensabotaj projek yang bakal memanfaatkan sebilangan besar rakyat dan negara secara amnya.

8. Dengan bermulanya projek ECRL ini, peluang pekerjaan khususnya untuk rakyat tempatan akan terbuka luas dan ini bakal mempertingkatkan ekonomi setempat.

9. Kos pengangkutan akan menjadi lebih murah dan hasilnya harga barang juga boleh diturunkan selain peluang untuk memperkenalkan produk-produk setempat ke pasaran nasional.

10. Unjuran impak KDNK hasil daripada projek ini juga adalah sejumlah RM50.1 bilion dan mampu meningkatkan pendapatan isi rumah.

11. ECRL juga akan menghubungkan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak ke Pelabuhan Klang dan ini memungkinkan kargo daripada Pelabuhan Shenzhen tidak lagi perlu melalui Singapura untuk sampai ke Pantai Barat Semenanjung, tetapi boleh diturunkan di Pelabuhan Kuantan kemudian dihantar terus ke Pelabuhan Klang.

12. Ini adalah sebahagian daripada manfaat besar hasil pembinaan projek ECRL yang mana akhirnya akan menguntungkan rakyat dan negara.

13. Pemimpin pembangkang sekiranya masih lagi mempunyai semangat patriotik, sayangkan negara dan ingin melihat negara dan rakyat negara ini terus maju dan membangun perlu menghentikan serta-merta segala permainan persepsi agar projek ini dapat berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

14. Apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang tidak ubah seperti peribahasa lama “Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat diadang.


Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL

Sekianlah artikel Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/fakta-sebenar-mengenai-isu-pengecualian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fakta sebenar mengenai isu pengecualian cukai Projek ECRL"

Posting Komentar