Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong

Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong
link : Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong

Baca juga


Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong

Calon BN Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid memuji dan menghargai  tindakan Pemangku Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Mohamad Kamil Shafie yang tetap setia membantu perjuangan parti.

Katanya, walaupun nama beliau (Mohamad Kamil) tidak terpilih menjadi calon namun bekas Adun Manong itu tetap setia kepada parti malah bersedia membantu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar pada pilihann raya umum kali ini.

``Mohamad Kamil melakukan pengorbanan cukup besar dengan mengutamakan parti malah sedia bersama ketiga-tiga calon BN di kawasan itu.

``Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana menunjukkan satu bentuk pengorbanan yang sangat tinggi.

``Dengan keadaan beliau baru pulih, tidak terpilih sebagai calon namun beliau tetap setia bersama perjuangan parti,” katanya.

Sehubungan itu Mastura menasihatkan individu yang tidak terpilih menjadi calon supaya tidak berasa hati kerana mereka juga merupakan ‘orang hebat’.

``Saya faham perasaan semua pihak di mana ada rakan-rakan yang tidak berjaya menjadi calon dalam pilihan raya pada tahun ini.

``Saya pasti semuanya nanti akan ada tempat dalam macam-macam bentuk kerana semuanya terbaik. Elakkan terasa hati.

``Saya sendiri pernah melihat arwah  (Datuk Wan Khair-Il Anuar Wan Ahmad) melalui keadaan tersebut tapi beliau tak simpan dalam hati, beliau terus berjuang walaupun dalam kesedihan,” ujarnya.

Ditanya mengenai peluang BN di Kuala Kangsar dalam PRU14, Mastura optimis BN mampu memenangi ketiga-tiga kerusi di kawasan tersebut.

``Saya anggap kita mempunyai peluang cerah sekiranya jentera parti bersatu, bermotivasi untuk bantu kemenangan BN.

``Bukan menang saja tapi kita nak naikkan undi popular... Saya optimis BN mampu capai kejayaan di Kuala Kangsar,” katanya.


Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong

Sekianlah artikel Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/04/calon-bn-kuala-kangsar-puji-kesetiaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Calon BN Kuala Kangsar puji kesetiaan bekas ADUN Manong"

Posting Komentar