Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu

Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu
link : Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu

Baca juga


Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu

KEMAMAN – Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin bertanding di atas tiket DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa Melayu, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata ini berdasarkan hakikat bahawa pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang dahulunya menyifatkan DAP sebagai sebuah parti rasis dan patut ditolak oleh orang Melayu.

“Dulu Tun M menganggap bahawa bagi orang Melayu, musuh mereka adalah DAP… bukan saya kata tapi Tun M yang katakannya.

“Ertinya (langkah Dr Mahathir) bekerjasama dan memberikan ruang untuk negara ini diperintah oleh DAP adalah pengkhianatan beliau kepada bangsanya sendiri jika saya gunakan prinsip yang digunakan Tun M satu ketika dahulu (semasa menerajui negara),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti pembangkang dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada PRU14 akan datang, jika PPBM dibubarkan.

Ahmad Shabery berkata sekiranya seseorang pemimpin itu dilihat tidak konsisten, pendirian yang berubah-ubah, ia memberi satu isyarat jelas untuk rakyat tidak memberikan sokongan kepada pemimpin itu.

“Sudah tentu kalau tanya saya, saya alu-alukan sekiranya benar Tun M dan parti beliau akan gunakan lambang DAP kerana ia akan memudahkan rakyat memahami bahawa beliau adalah didalangi oleh DAP,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengeluarkan notis kepada PPBM berkuat kuasa 28 Feb lepas yang antara lain memerlukan parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen berkaitan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti dalam tempoh 30 hari, atau berdepan risiko dibubarkan. – BERNAMA


Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu

Sekianlah artikel Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/tanding-atas-tiket-dap-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tanding Atas Tiket DAP, Mahathir Khianati Melayu"

Posting Komentar