PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin….

PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin…. - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin…., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin….
link : PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin….

Baca juga


PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin….

Ada gegaran di Pagoh yakni kawasan Parlimen Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan jentera pilihanraya umum ke 14 Pemuda dan Puteri Barisan Nasional peringkat kebangsaan di situ.

Lebih 10,000 jentera sayap orang muda BN itu dari dari seluruh negara berhimpun di situ dalam suasana meriah dan penuh semangat untuk galas gerak kerja mengekalkan penguasaan dalam PRU14 yang disifatkan sebagai ibu segala pilihanraya.

Najib telah membakar semangat dengan seruan memastikan agar BN terus berkuasa di Pagoh,Johor dan seluruh negara.

Beliau mengingatkan hanya BN saja mampu meneruskan agenda membangunkan negara dengan sempurna berbanding pakatan pembangkang.

Perdana Menteri menyifatkan Pakatan Harapan sebagai ‘Pakatan Hipokrit’ kerana dipelopori oleh bekas pimpinan UMNO yang dulu cakap lain sekarang cakap lain.

Katanya dulu mereka kutuk puak yang mereka dakap sekarang dengan pelbagai dakwaan termasuk perkauman.

Beliau menegaskan segala ini tidak boleh dinafikan kerana kata-kata mereka ada dalam bentuk rekaman dan video.

Tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir,beliau kata tidak nampak bagaimana seorang yang sudah berusia 93 tahun mampu membawa negara ini melangkah jauh ke depan.

Katanya BN bukan tidak menghargai sumbangan bekas pimpinan UMNO yang sertai pembangkang.

Beliau menegaskan ini kerana mereka  sudah ‘ cross the line’.

Najib menyifatkan janji-janji parti pembangkang dalammanifesto mereka sekadar 'madu beracun' kerana gagal menunaikan janji kepada rakyat termasuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata janji kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menyelesaikan segala permasalahan rakyat bukan dengan janji palsu tetapi telah terbukti dengan pelbagai pelaksanaan projek untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Jangan lihat hanya pada janji-janji (pembangkang), tuan-tuan. Sebab janji boleh jadi madu beracun. Kita tengok janji Kerajaan Selangor, hari ini apa isu terbesar di Selangor."

"Sekarang ini, dua juta penduduk di Selangor dalam keadaan di mana mereka menghadapi kesukaran, air putus, tekanan rendah dan kualiti air yang buruk."

"Sedangkan kerajaan BN sudah melaksanakan pelbagai kemudahan termasuk melaksanakan Aliran Transit Massa (MRT), menyediakan perumahan yang murah dan mampu milik berbanding kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang kebanyakan menyediakan rumah mahal," katanya.

Berbanding pembangkang,Najib kata BN sudah tunai lebih 90 peratus dari janji dalam manifesto PRU13.

Katanya, BN mempunyai perancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda negara jika diberi mandat pada PRU nanti.

erentak dengan  itu Perdana Menteri kata BN akan rangka manifesto yang mesra orang muda untuk PRU14.

“Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin supaya memasukkan bab khusus untuk generasi muda Pemuda dan Puteri dalam manifesto BN.

“Kita akan fikir tentang ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan, tempat tinggal serta gaya hidup orang muda, semuanya kita akan masukkan dalam manifesto BN.

“BN mahu lihat masa depan generasi muda kita yang jauh lebih baik. Kita bukan parti untuk hari ini saja, malah untuk masa depan,” katanya.


PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin….

Sekianlah artikel PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin…. linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/pm-bakar-semangat-pemuda-dan-puteri-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PM bakar semangat Pemuda dan Puteri BN di kawasan Muhyiddin…."

Posting Komentar