PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH

PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH
link : PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH

Baca juga


PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH

SHAH ALAM: Seperti amalan sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) terus mengumumkan manifesto populis yang sering dilabel banyak pihak sebagai tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mensasarkan 100 hari, PH berazam mahu melaksanakan kesemua janji manifestonya walaupun ada diantarnya kelihatan sukar untuk dilakukan.

Antaranya, memperkenal bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

Selain sarat dengan janji populis, manifesto tersebut juga dilihat mengitar semula idea 2013 walaupun banyak di antara janji itu sehingga kini tidak ditunaikan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang yang telah dipimpin PKR serta DAP sejak 10 tahun lalu.

Tampil dengan lima teras utama, manifesto pakatan dengan tema ‘Membina Negara Memenuhi Harapan’ sekali lagi melaungkan janji untuk menghapuskan tol di seluruh negara.

Nmamun, janji menghapuskan tol hanya menyerlahkan kegagalan kepimpinan pembangkang di Selangor dimana tiada satu pun tol dihapuskan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali walaupun sudah berjanji sejak 2008 lagi.

Sebaliknya, pihak yang tampil menamatkan operasi tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor sejak 1 Januari lalu adalah Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, pakatan yang gagal menyediakan rumah mampu milik mencukupi sepanjang 10 tahun memerintah Selangor dan Pulau Pinang kini tampil pula menjanjikan sejuta unit mampu milik dalam tempoh dua penggal memerintah.

Sedangkan, janji 150,000 unit rumah mampu milik dalam manifesto 2013 lalu juga sehingga kini sekadar janji tinggal janji.

Malah sembilan projek Rumah Selangorku dibatalkan di Selangor.

Begitu juga dalam soal pendidikan tetapi nadanya kali ini berlainan sedikit, iaitu daripada memberikan pendidikan percuma, kepada melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pakatan Harapan juga berjanji untuk menghapuskan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 100 hari pentadbiran dan kembali kepada cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Sementara itu, Pakatan Harapan juga dilihat seperti ketandusan idea apabila meniru langkah BN dalam menyediakan subsidi minyak bersasar khususnya kepada kelompok golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40).

Paling memalukan, Pakatan Harapan yang sebelum ini hebat mengkritik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan menuduh kononnya ia dedak, turut mahu melaksanakannya jika berjaya membentuk kerajaan.

Pelancaran manifesto itu dibuat di IDCC, Shah Alam yang dihadiri seluruh kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan, antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad; Tan Sri Muhyiddin Yassin; Mohamed Sabu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng.


PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH

Sekianlah artikel PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/ph-terus-memilih-umum-manifesto.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH terus memilih umum manifesto populis....Tak Boleh Dipercayai Dengan Kata Kata Pemimpinan PH"

Posting Komentar