Judul : Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey
link : Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey
Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusannya menyertai Amanah adalah atas nasihat 'ayahanda' Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu pernah memberitahu Amanah paling banyak berkorban dalam gagasan itu, justeru Mahfuz merasakan elok sekiranya beliau bersama dengan parti berkenaan, berjuang menempuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Kenapa saya tidak sertai BERSATU (PPBM), apa yang telah dinyatakan oleh ayahanda Tun Mahathir, Amanah adalah parti yang banyak berkorban di dalam PH bagi menjayakan agihan kerusi di peringkat semenanjung.
"Jadi bagi saya adalah wajar untuk saya bersama dengan parti yang banyak berkorban bagi menjayakan perjuangan untuk rakyat demi masa depan Malaysia," katanya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.
Mahfuz membuat keputusan meninggalkan PAS pada penghujung tahun 2017 selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.
Katanya, keputusan mengubah haluan politik dibuat secara rasional selepas beliau percaya PH mampu mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada PRU14.
"Selepas 31 Disember 2017 saya berhenti daripada menjadi ahli PAS, saya berjanji bahawa 45 hari saya akan memberikan penjelasan tentang pendirian masa depan politik sama ada untuk kekal sebagai bebas atau menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).
"Saya telah meninggalkan PAS daripada 'flip-flop' PAS dalam menentukan hala-tuju politik kuasa negara ini yang akhirnya PAS menjadi tongkat untuk Umno-BN kekal berkuasa.
"Dengan ini saya mengumumkan akan menyertai Parti Amanah Negara untuk bersama-sama dengan rakan dalam Pakatan Harapan (PH), PKR, PPBM dan DAP melangkah gagah bersama membawa perubahan untuk Malaysia," katanya.
Mahfuz juga berikrar akan memastikan pengundi yang menyokongnya pada PRU13 tetap akan menyokongnya pada pilihan raya kali ini, jika beliau diangkat sebagai calon PH.
"Saya bersedia untuk menjadi 'mamak roti' yang balik India, (mamak roti) dia akan bawa penggantinya masuk kampung masuk semua lorong untuk pastikan pelanggan sedia ada tetap membeli roti yang dia jual.
"Saya masuk dalam pengetahuan bahawa mana-mana parti yang diperuntukkan kerusi sudah pun menyediakan calon masing-masing.
"Saya hanya sekadar untuk menjadi petugas bagi memenangkan calon daripada mana-mana parti dalam PH untuk menang," ujarnya lagi.
Mahfuz sejak tewas dalam pemilihan parti 2015, mula mengkritik PAS dan sering dilihat menghadiri program-program anjuran PH.
Mahfuz juga kerap kali menggesa PAS bergabung dengan PH untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kelak.
Untuk rekod Mahfuz bertanding pada PRU12 (2008) menewaskan calon Umno-BN Datuk Abdul Rahman Ibrahim dengan undi majoriti 5,731.
Pada PRU13 (2013) beliau berjaya mempertahankan kerusi kerusi Parlimen Pokok Sena dengan 34,657 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahlan Ismail yang memperoleh 30,485 undi.

Sekianlah artikel Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/mahfuz-masuk-amanah-selepas-nasihat.html
0 Response to "Mahfuz masuk Amanah selepas nasihat 'ayahanda'...Dulu Bukan Main Kutuk Dan Hina Madey"
Posting Komentar