Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?

Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?
link : Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?

Baca juga


Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempertikai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Pakatan harapan akan membenarkan lebih banyak kebebasan akhbar dan menghapuskan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara jika diberi kuasa selepas pilihan raya ini.

Beliau mempersoalkan bekas perdana menteri itu kerana tidak melaksanakan perkara berkenaan semasa memegang jawatan tersebut.

“Apa sebenarnya undang-undang yang Mahathir berhasrat untuk hapuskan?

“Dan kenapa tidak membuat perubahan itu ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan mempunyai kuasa untuk melaksanakannya?,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam catatan blognya hari ini.

Salleh turut mempersoalkan keikhlasan Dr Mahathir mempromosikan demokrasi di negara ini kerana ketika pemerintahannya, beliau mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu undang-undang tahanan pencegahan, yang kini didakwanya sebagai undang-undang drakonian yang mengancam demokrasi di negara ini.

“Apabila Menara Berkembar New York diserang pada 2001, Mahathir berkata Menara Berkembar Petronas masih lagi tegak berdiri kerana Malaysia melaksanakan ISA dan sekiranya Amerika Syarikat juga mempunyai undang-undang seperti ISA, menara berkembar mereka tentu masih kukuh.

“Dan apabila kerajaan mahu menghapuskan ISA, Mahathir menentang langkah itu. Jadi seriuskah Mahathir mengenai lebih demokrasi bagi Malaysia sedangkan beliau sendiri menentang demokrasi ketika berada di tampuk pemerintahan?,” kata Salleh.

Menteri itu juga secara sinis bertanya kepada Dr Mahathir sama ada beliau telah membuat ‘pusingan U’ dalam pendiriannya.

“Tidak lama dahulu, Mahathir berkata Malaysia adalah negara demokrasi terpimpin dan tidak akan pernah menjadi negara demokrasi penuh seperti barat kerana sensitiviti perkauman dan agama penduduk Malaysia.

“Mahathir menegaskan kebebasan bersuara yang tidak terbatas akan mengundang kepada persengketaan kaum dan agama. Oleh itu versi demokrasi barat dan kebebasan bersuara tidak boleh dilaksanakan di Malaysia.

“Adakah Mahathir juga membuat pusingan U?,” kata Salleh


Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?

Sekianlah artikel Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/kebebasan-bersuara-kenapa-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kebebasan Bersuara: Kenapa Mahathir Tidak Laksanakan Ketika Jadi PM?"

Posting Komentar