Judul : Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham
link : Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham
Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham
Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu bekerja keras untuk memastikan BN terus memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata dengan hanya kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, BN perlu sedar dan insaf mereka perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan selesa dapat dicapai pada PRU akan datang.
“Kita mesti sedar dan insaf kita sebenarnya tidak berada di dalam zon selesa dan masih lagi dalam keadaan ‘berperang’.
“Ketepikan pertimbangan peribadi dan dahulukan parti… kita tidak mahu hanya Umno sahaja yang bersemangat tetapi semua komponen BN, MCA, MIC, Gerakan perlu bersama kerana kita dalam satu bahtera dan kita tidak akan biarkan kawan-kawan kita berperang sendirian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen BN Terengganu 2018 yang dihadiri oleh kira-kira1,100 anggota BN negeri di Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Pengerusi BN dan Umno negeri merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan semua kepimpinan parti komponen BN Terengganu.
Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata komponen BN negeri perlu menguatkan jentera parti dengan mengadakan persiapan rapi dan pelan tersusun bagi menghasilkan gerakan yang lebih inklusif dan mantap.
Justeru, katanya, Konvensyen BN Terengganu yang pertama kali diadakan itu diharap dapat meningkatkan lagi penyatuan komponen BN bagi membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU14.
“Konvensyen ini bukan diadakan untuk seronok-seronok tetapi kita mahu lihat ia sebagai persiapan awal BN Terengganu kerana kita bakal berdepan ujian paling berat dalam sejarah (PRU)… saya mahu lihat semua komponen bangkit dengan tahap luar biasa dan pastikan kemenangan BN,” katanya.- Bernama

Sekianlah artikel Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/hanya-kelebihan-2-kerusi-bn-terengganu.html
0 Response to "Hanya Kelebihan 2 Kerusi, BN Terengganu Perlu Kerja Keras – Hisham"
Posting Komentar