Judul : Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
link : Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?Penganalisis politik Kamarul Zaman Yusoff hari ini mendakwa wujud usaha menutup soalan pada forum mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang viral semalam berikutan kehadiran mengejut bekas perdana menteri itu.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu yang kerap mengkritik pembangkang dalam ulasan politik beliau turut mempertahankan dirinya daripada dakwaan beliau “terkucil” dengan kehadiran Dr Mahathir.
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir? “Adalah tidak benar dakwaan yang disebarkan secara meluas dalam media sosial, yang turut disertakan dengan foto yang menunjukkan seolah-olah saya terkedu di sisi beliau, bahawa saya kononnya terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Tun Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu,” katanya, sehari selepas mengambil bahagian sebagai ahli panel pada forum anjuran akhbar Sinar Harian semalam.
Kamarul turut menamakan 2 wakil rakyat pembangkang dari DAP yang disifatkannya sebagai “evangelis Kristian”, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin, kerana “menggelakkan saya di laman Facebook mereka”.
“Tidak mengapa, ada ubi ada batas,” katanya dalam kenyataan panjang hari ini menyingkap kembali hujah beliau mengapa Dr Mahathir tidak layak memegang jawatan perdana menteri semula.
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
Forum bertajuk “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Jadi PM?” itu mendapat perhatian selepas Dr Mahathir hadir secara mengejut sejam selepas ia bermula, di mana gambar serta video peristiwa itu menjadi viral di media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Dr Mahathir dipercayai mengikuti forum itu secara langsung menerusi Facebook, sebelum mengambil keputusan hadir sendiri bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
Kamarul mengakui beliau tidak menyangka kehadiran Dr Mahathir, tetapi berkata sudah dari awal menjangkakan forum tersebut bertujuan untuk mempromosikan pengerusi PPBM yang diangkat sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) itu.
“Walaupun menyedari kemungkinan wacana ini akan menjadi berat sebelah, saya bagaimanapun memilih untuk hadir bagi membolehkan saya mengemukakan beberapa fakta alternatif mengenai kemampuan Tun Dr Mahathir ini.”
Beliau turut mendakwa ada soalan penonton yang tidak dibenarkan ditanya, sehingga menafikan beliau peluang untuk mengkritik Dr Mahathir “secara berdepan”.
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
“Malangnya peluang untuk penonton berbicara juga ditutup secara yang, saya dimaklumkan, tidak adil,” katanya.
Kamarul turut menyerang moderator Nazri Kahar dari Astro Awani, sambil berkata 2 ahli panel lain, pakar psikologi Prof Mat Saat Baki dan pakar fitness Kevin Zahari “ditugaskan untuk memberikan testimoni mereka mengenai kemampuan mental dan fizikal” Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir? “Saya juga sangat tahu bahawa moderator, Nazri Kahar, adalah seorang penyanjung Tun Dr Mahathir dan pengkritik Datuk Seri Najib, dan ini terbukti dari soalan yang diberikan sejam sebelum wacana bermula yang meminta dibandingkan tokoh muda yang penuh korupsi dengan tokoh tua yang penuh inovasi,” katanya. - sinar harian
Iklan
Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?
Sekianlah artikel Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/dr-kamarul-zaman-terkucil-depan-mahathir.html
0 Response to "Dr Kamarul Zaman Terkucil Depan Mahathir?"
Posting Komentar