3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas
link : 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

Baca juga


3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

PARAH… PAS Selangor mendakwa tiga exco dari parti tersebut dalam barisan kerajaan Selangor berjaya dimalukan pada sambutan Pakatan Harapan (PH) meraikan 10 tahun mentadbir negeri itu.
Perkara aib berkenaan yang berlaku Stadium Melawati, Shah Alam pada 18 Mac lalu didedahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kemaman.

Beliau dipetik portal tempatan BNBBC mendakwa bahawa, semua exco dari PKR dan DAP diberikan ruang serta peluang cukup untuk bercakap tentang kisah kejayaan lalu mereka sehingga kini, kecuali exco-exco daripada PAS.

“Sedangkan dia (PH) ada meminta peruntukan kelulusan daripada duit kerajaan negeri sebanyak RM612,000 untuk buat program itu. Tiga orang exco kita namun dimalukan dalam program tersebut,” katanya dengan nada kesal.

Untuk rekod PAS sudah tidak menjalin kerjasama politik dengan mana-maana parti dalam PH yang kini menerajui kerajaan Selangor sejak blok pembangkang itu diwujudkan pada tahun lalu menggantikan Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, pihak Istana Selangor masih lagi mengekalkan wakil PAS tetap terus memegang jawatan exco dalam kerajaan negeri tersebut. Mereka ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus serta Zaidy Abdul Talib.

Pada malam sambutan di Stadium Melawati itu juga, pihak PAS terpaksa menganjurkan program anjuran sendiri iaitu majlis solat hajat, munajat dan syarahan perdana. Keadaan ini jelas amat janggal dan dianggap luar biasa!

Hubungan PAS selepas meninggalkan PR terus tegang apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa menafikan hak kesemua ADUN PAS untuk mendapat peruntukan rasmi daripada pihak kerajaan negeri.

Untuk rekod, PH yang disertai DAP, PKR selain serpihan PAS iaitu PAN dan serpihan UMNO iaitu PPBM belum disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan serta masih berstatus organisasi haram. 


3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas

Sekianlah artikel 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/03/3-exco-kerajaan-selangor-dari-pas-diaib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "3 Exco Kerajaan Selangor Dari PAS ‘Diaib’ Di Pentas"

Posting Komentar