VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN

VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN
link : VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN

Baca juga


VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN

Kepemimpinan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kota Bharu kecewa terhadap sikap pucuk pimpinan yang dilihat sering tunduk kepada DAP dalam membuat keputusan penting, terutama soal pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di seluruh negara.

Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap parti sekutu, PAN yang mahu mendominasi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tanpa memikirkan parti-parti lain.

Naib Ketua PPBM Bahagian Kota Bharu, Mohd. Nor Hashim Che Min mendakwa, sikap tidak tegas pucuk pimpinan dalam urusan pembahagian kerusi menyebabkan berlaku perpecahan yang serius di peringkat akar umbi.

“Kami mahu meluahkan rasa tidak puas hati, kelemahan pemimpin dalam PPBM hari ini menyebabkan kita rasa tidak ada masa depan dan tidak ada tempat bergantung. Dalam parti sendiri banyak berlaku perpecahan.

“DAP semakin hari semakin kuat manakala orang Melayu dalam pakatan ini pula sudah berpecah belah hanya kerana berebut kerusi termasuk di Kelantan. Sebenarnya kita tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

“Masalah utama dalam Pakatan Harapan ialah DAP lebih menonjol daripada parti-parti lain, dan kita memang takut ini berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda PPBM Bahagian, Nik Mohd. Adhwan Nik Haris dan Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Normala Abdul Kadir.

Mohd. Nor Hashim berkata, di Kelantan, isu pembahagian kerusi semakin serius apabila kesemua parti berebut-rebut mahu meletakkan calon masing-masing dalam PRU-14 dengan PAN mahu membolot semua kerusi termasuk tiga kerusi DUN yang ada di Kota Bharu.

“Perkara ini belum selesai lagi sudah berbulan-bulan berlarutan. Di Kota Bharu, PAN mahu semua. DAP pun mahu satu. Kita mahu satu dan sampai sekarang belum ada kata putus. Kita rasa dipinggirkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN

Sekianlah artikel VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/video-bahagi-kerusi-pru14-ppbm-kota.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "VIDEO: BAHAGI KERUSI PRU14, PPBM KOTA BHARU RASA KECEWA DENGAN PEMIMPIN"

Posting Komentar