TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…

TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti… - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…
link : TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…

Baca juga


TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mereka yang berminat menjadi calon BN supaya bertolak ansur demi perpaduan gabungan parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Wanita BN negeri Datuk Sharifah Maznah Syed Kassim berkata perkara itu adalah antara amanat Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada perjumpaan khas dengan kepimpinan BN Kedah di Alor Star Jumaat malam.

Turut hadir Pengerusi BN Kedah merangkap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Pengerusi BN Kedah merangkap Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Pengerusi MCA Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong, Timbalan Pengerusi MIC Kedah Datuk Dr S. Ananthan dan Pengerusi Gerakan Kedah Datuk Dr Cheah Soon Hai.

Sharifah Maznah berkata Ahmad Zahid meminta semua parti komponen supaya mengutamakan perpaduan kerana ia penting bagi BN dalam usahanya memastikan kemenangan pada PRU14.

Sementara itu, Cheah berkata Ahmad Zahid menegaskan unsur sabotaj parti perlu dielakkan bagi memastikan kejayaan BN dalam PRU14.

"Beliau meminta anggota supaya tidak mensabotaj parti dan calon kerana sudah semestinya calon (yang dipilih) adalah mengikut keperluan BN," katanya.

Cheah berkata dalam amanatnya, Ahmad Zahid turut memberi suntikan semangat kepada parti-parti komponen supaya bekerja keras bersama-sama UMNO untuk meraih kemenangan PRU14.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja BN Kedah Datuk Ariffin Man berkata timbalan perdana menteri berpendapat kesiapsiagaan BN negeri adalah dalam keadaan baik namun meminta jenteranya diperkemaskan lagi.


TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…

Sekianlah artikel TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/tpm-zahid-ingatkan-lagi-menjelang-pru14.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TPM Zahid ingatkan lagi menjelang PRU14 jangan sabotaj parti…"

Posting Komentar