Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri

Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri
link : Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri

Baca juga


Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri

PETALING JAYA: Segelintir penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kini mula mempersoalkan agenda yang dibawa pertubuhan itu yang ‘aktif’ membantah sistem pilihan raya negara yang didakwa kotor.

Menurut laporan Malaysia Gazette, penyokong BERSIH yang menghadiri pelancaran BERSIH 2.0 dan forum dengan tema ‘Satukan Tenaga Kalahkan Penipuan’ di Auditorium MBPK semalam turut mempersoalkan gabungan tersebut.

Penyokong BERSIH mempertikaikan kenapa perlu mengundi pada PRU-14 sekiranya tidak percaya kepada sistem demokrasi di Malaysia.

Namun, panel jemputan bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Marina turut menghadapi ‘kesukaran’ meyakinkan mereka yang hadir untuk keluar mengundi bagi memastikan kemenangan buat pembangkang.

BERSIH yang sentiasa tampil dengan idea membawa rakyat di ke jalanan untuk mengubah kerajaan selain daripada menuntut pilihan raya yang telus, adil dan bersih sejak tahun 2012 sebenarnya semakin hambar dalam kalangan rakyat.

Rakyat dilihat mula curiga dengan cadangan untuk menukar kerajaan sedia ada dan pada masa yang sama berpendapat agenda pembangkang hanya omong kosong.

Pemimpin BERSIH juga dilihat menghadapi masalah untuk menyakinkan peserta menegani pelbagai perkara termasuk agenda serta polisi dalam pakatan pembangkang sebaliknya cuba memberi persepsi rakyat di negara ini akan dapat menikmati perpaduan serta kemakmuran seandainya pembangkang berkuasa.

Peserta yang menghadiri forum tersebut yang juga Ketua Cawangan Parti Amanah Negara di Shah Alam, Yamin Salim dengan lantang menyoal mengapa hanya bahasa Inggeris digunakan walaupun jemputan serta slogan semuanya dalam bahasa Melayu.

“Saya tidak faham mengapa slogan Satukan Tenaga Kalahkan Penipuan dalam Bahasa Malaysia tetapi setiap orang yang duduk di atas pentas hanya bercakap dalam Bahasa Inggeris. Saya yang rasa tertipu ketika ini,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Yamin yang ditemui selepas itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak semua akan faham bahasa Inggeris pada majlis itu malah ada yang tertarik untuk hadir ke forum itu dengan harapan ia dijalankan dalam dwi bahasa.

“Semua boleh bercakap dalam bahasa Malaysia tetapi mereka gemar bertutur dalam bahasa Inggeris. Seperti slogan, saya juga rasa tertipu. Buang masa saya datang apabila semuanya dalam Bahasa Inggeris. Ada yang tidak faham.

“Mengapa tidak fikir semua itu? Yang datang pada hari ini dari pelbagai latarbelakang. Saya rasa ini tidak patut,” luahnya.

Marina yang kemudian bertindak menjawab pertanyaan itu kelihatan ‘keliru’ kerana tidak menyangka beliau bersama ahli panel telah bertutur dengan bahasa Inggeris.

“Saya minta maaf, memang pada asalnya penganjur minta kami guna dwi bahasa tetapi tidak pasti mana salahnya, kita hanya menggunakan bahasa Inggeris. Kami akan pastikan kesilapan seperti tidak berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Mungkin ini adalah petanda kepada perubahan penyokong BERSIH selepas 12 tahun ditubuhkan yang dikatakan sebelum ini percaya ‘bulat-bulat’ dengan retorik pemimpin BERSIH.


Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri

Sekianlah artikel Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/rasa-tertipu-bosan-penyokong-bersih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Rasa Tertipu, Bosan, Penyokong BERSIH Semakin Jauhkan Diri"

Posting Komentar