Judul : PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu
link : PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu
PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu
Pengumuman PAS untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh selain gerak kerja UMNO yang tersusun sejak sekian lama ternyata mengoyangkan kubu kuat PKR itu.
Macam biasa PKR mula dakwa macam-macam termasuk kononnya UMNO Permatang Pauh memindahkan pengundi polis secara haram.
Semua itu menunjukkanPKR kini terbayang nak kalah di kerusi Presiden mereka itu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang dibuat pemimpin dan parti itu menunjukkan mereka mula ‘kecut perut’ apabila melihat UMNO bekerja keras tidak kira siang atau malam berbeza dengan wakil rakyat di kawasan itu yang hanya memunculkan diri dua bulan sekali.
“Tidak timbul isu soal pemindahan pengundi polis. Klip rakaman percakapan pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menunjukkan ketuanya sedang bercakap memberi motivasi dan keceriaan kepada jenteranya.
“Program itu adalah program dalaman untuk bagi motivasi, bagi keceriaan kepada jentera. Ia strategi kepada pekerja dia…,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai klip video percakapan berhubung pemindahan pengundi polis itu yang tular di media sosial dan dibangkitkan oleh seorang pemimpin PKR negeri ini.
Bernama melaporkan semalam Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menafikan dakwaan lebih 800 pengundi polis dipindahkan ke kawasan Parlimen itu menjelang pilihan raya umum ke-14.
Mohd Zaidi dilapor berkata rakaman audio yang tersebar di media sosial kononnya UMNO cuba memanipulasi proses pilihan raya hanya sekadar ‘perang saraf’ pilihan raya.
Mengenai tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) dan kerajaan persekutuan sengaja mensabotaj Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri ini, Zainal Abidin berkata ia berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata kerajaan persekutuan telah membina banyak kemudahan lalu lintas, termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah walaupun sudah tidak mentadbir negeri ini.
“Selain bina jambatan kedua, kami juga bina jalan-jalan persekutuan yang membantu pengurusan trafik dengan lebih berkesan. Ini lebih baik berbanding PIP kerajaan negeri yang sudah dirancang bertahun-tahun tapi tetap belum mula pun,” katanya.

Sekianlah artikel PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pkr-goyang-di-permatang-pauhapa-tak.html
0 Response to "PKR 'goyang' di Permatang Pauh...Apa Tak Goyangnya Mimpi Ngeri Tu"
Posting Komentar