“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”

“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China” - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”
link : “Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”

Baca juga


“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”

TEGUH… Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan pertahan negara daripada ancaman pembangkang yang cuba merosakkan hubungan Malaysia dengan China.
Perdana Menteri berkata BN juga tidak akan membenarkan pakatan pembangkang untuk bertindak membatalkan semua kontrak perdagangan pelaburan yang dimeterai antara kerajaan Malaysia dengan China selama ini.

“Kita kecewa ada pembangkang cuba mengelirukan kita dengan sebar berita fitnah kepada rakyat. Sebab itu, kita perlu jamin apa diwarisi ini berterusan diperkasakan kerana dengan adanya kestabilan, rakyat akan makmur,

“(Konon) rakyat China yang beli kondominium di Forest City, Johor; Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan di Pahang dapat jadi warganegara (Malaysia). Ini semua tuduhan memecah belah hubungan China dan Malaysia.

“Bekas pemimpin kita itu juga berhasrat menamatkan kontrak dengan China,” kata Najib tanpa menamakan tokoh tersebut namun dapat difahami merujuk tohmahan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO berucap demikian pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2018 anjuran Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), di Serdang dekat ibu negara hari ini.

Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Presiden Huazong, Tan Sri Pheng Yin Huah; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Parti Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Najib ketika berucap berkata, kerajaan mengamalkan dasar yang adil serta inklusif melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Dasar Transformasi Negara bagi menentukan Malaysia terus berjaya dan rakyatnya makmur.

Ujar beliau lagi, pihak kerajaan sentiasa sedar bahawa setiap masyarakat di negara ini mempunyai keutamaan masing-masing dan masyarakat Cina mahu hidup dalam sebuah negara yang aman, harmoni dan stabil.

“Saya percaya sebagai kerajaan dipimpin BN, kita telah bawa aspirasi ini sejak merdeka sehingga kini. Hubungan antara masyarakat pelbagai kaum terus menjadi aset sistem politik dan gaya hidup di Malaysia,” tegas Najib.

Huazong yang disertai semua Dewan Perhimpunan Cina setiap negeri di Malaysia memperjuangkan sosio-ekonomi, budaya, pendidikan dan kebajikan rakyat berketurunan Cina di negara ini.


“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”

Sekianlah artikel “Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca “Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China” linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pembangkang-mahu-retak-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "“Pembangkang Mahu Retak Hubungan Malaysia-China”"

Posting Komentar