Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu

Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu
link : Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu

Baca juga


Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menyelar dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad bahawa mendakwa pembentukan undang-undang berita palsu dibuat untuk menyekat rakyat daripada mengkiritik kerajaan.

Menurut Azalina, dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana ini adalah isu global dan negara luar juga mengambil langkah yang sama untuk membendung isu ini dan sebagai bekas Perdana Menteri Tun Mahathir seharusnya menyambut baik cadangan pembentukan undang-undang berkaitan berita palsu.

“Sebagai Mantan Perdana Menteri dan juga bekas Ahli Parlimen lebih 20 tahun, Tun Mahathir seharusnya melihat usaha ini tanpa prasangka buruk kerana pindaan ini dibuat dengan niat untuk kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara, ” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Mahathir yang berkata, cadangan undang-undang untuk membendung "berita palsu" tidak sepatutnya digunakan kerajaan untuk menyekat berita mengkritik, terutamanya berkaitan skandal kewangan terbesar negara.

Tambah Azalina, undang-undang yang bakal digubal ini tidak sama seperti zaman pemerintahan kuku besi Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyekat kebebasan suara dan ia dibuat berdasarkan kepada trend semasa dan kesannya yang besar terhadap negara.

"Langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang ini adalah selaras dengan trend semasa, bagaimanapun Tun Mahathir tidak perlu bimbang kerana undang-undang yang akan digubal ini tidak seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyekat kebebasan bersuara dan tahanan tanpa bicara,”ujarnya.

Jelasnya lagi,  penyebaran berita palsu yang dibuat dengan niat tidak baik dan tidak beretika malah sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kepada berita palsu termasuk beliau sendiri malah ia juga dilihat sebagai strategi perang baru yang boleh memusnahkan negara dengan hanya dihujung jari.

"Penggubalan kepada undang-undang ini masih belum muktamad, dimana Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan masih lagi mengadakan rundingan dan perbincangan bersama-sama pihak-pihak berkepentingan sebelum diputuskan oleh Mesyuarat Kabinet.

“Justeru adalah tidak adil untuk mana-mana pihak menghakimi usaha murni Kerajaan ini kerana proses itu masih lagi berjalan dan kerjasama semua pihak diperlukan untuk menangani isu ini secara berkesan dan komprehensif, ” katanya.


Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu

Sekianlah artikel Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pembangkang-diselar-pertikai-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pembangkang diselar pertikai undang-undang berita palsu"

Posting Komentar