Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris

Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris
link : Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris

Baca juga


Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Jusoh membidas Pas yang mencari sokongan rakyat negeri ini dengan ‘mengitar semula’ isu projek Taman Ilmu di sini.

Idris yang juga Menteri Pendidikan Tinggi dan ahli Parlimen Besut berkata, dakwaan Pas kononnya kerajaan negeri Terengganu tidak berusaha menyelamatkan projek itu adalah fitnah semata-mata.

“Sudah, cukuplah... jangan pandai-pandai membuat komen mengenai Taman Ilmu yang dibangunkan untuk pendidikan masa depan rakyat Terengganu.

“Adakah Pas tahu yang kami sedang berusaha untuk memastikan fungsi Taman Ilmu selaras dengan usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai pusat pendidikan?” katanya ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut di sini, hari ini.

Idris menjelaskan, Taman Ilmu kini digunakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) sebagai asrama kepada para pelajarnya di Kampus Tembila sejak setahun lepas.

Selain itu, kampus Universiti P Ramlee, yang dinaik taraf daripada  Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), juga bakal dibuka di Taman Ilmu pada Mac ini, katanya. – Bernama


Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris

Sekianlah artikel Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pas-kitar-semula-isu-taman-ilmu-idris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pas 'kitar semula' isu Taman Ilmu: Idris"

Posting Komentar