PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor

PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor
link : PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor

Baca juga


PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor

Apa lagi nak kata... terpaksa terima dengan hati terbuka kajian bebas yang dibuat oleh badan antarabangsa mengenai trend sokongan pengundi pada PRU14 di Johor.

Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub yang juga anak jati Johor menerima secara terbuka sebarang maklumat atau kajian yang menyebelahi kepimpinan kerajaan, kata Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub.

Katanya, memang ada dapatan dalam kajian media sosial yang berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendahului bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Saya terbuka untuk menerima apa-apa maklumat daripada kajian di media sosial. Saya terima mana-mana kajian yang mungkin menyebelahi Najib tetapi ada juga kajian sosial yang menyebelahi  Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian firma penyelidik media sosial, Politweet yang menyatakan pengguna media sosial di Johor lebih tertarik kepada Najib berbanding Mahathir.

Kajian itu sekali gus menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan terus menguasai Johor pada PRU-14.

Menurut Salahuddin, kajian yang dibuat hanya ibarat lampu suluh yang dapat menerangi sekiranya tiada panduan dalam membuat pilihan.

“Kajian ini untuk beri panduan sahaja, apa yang penting orang politik harus melihat dengan teliti gerakan arus di bawah, khususnya apa yang paling ditakuti adalah arus senyap.

“Arus senyap ini biasanya nampak macam tiada apa-apa, tetapi sudah banyak kali berlaku di mana tiba-tiba ada perubahan besar, ini yang kita harus lebih teliti,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan BN dijangka terus menguasai Johor selepas PRU14 berdasarkan kajian firma penyelidik media sosial, Politweet.

Dalam temu bual bersama portal Worldfuture TV (WFTV), jurucakap Politweet berkata, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir Mohamad  tidak mendatangkan impak besar di Johor pada PRU-14.

"Secara asasnya, dua pertiga pengguna media sosial di Johor tidak menunjukkan minat terhadap Mahathir di halaman dan paparan Facebook disukai mereka.

"Walaupun ada liputan meluas media mengenai Mahathir dan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, ia bukan petanda baik untuk Pakatan Harapan," katanya.

Sehingga Disember tahun lalu, hanya 13.73 peratus pengguna Facebook di Johor menunjukkan minat terhadap Mahathir berbanding 66.67 peratus yang cenderung kepada Najib.

Bagaimanapun, firma itu menyifatkan Johor bukan negeri yang memiliki kemungkinan berubah tangan pada PRU-14.


PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor

Sekianlah artikel PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pan-akui-kajian-politweet-mahathir-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAN akui kajian Politweet... Mahathir tak berpengaruh di Johor"

Posting Komentar