Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?

Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?
link : Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?

Baca juga


Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) digesa menyatakan pendirian mereka berhubung Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual (LGBT)
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia ( UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP secara terbuka telah pun menyatakan pendirian mahu menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang menyekat LGBT di negara ini.

“Sangat menarik untuk melihat pendirian rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan khususnya PAN yang mahu memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan dan mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti pembangkang yang dianggotai DAP, PPBM, PKR dan PAN.

Semalam pemimpin DAP, Charles Santiago mendesak Malaysia menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi LBGT dengan segera.

Kamarul berkata, kenyataan Charles itu kemudian dimuatnaik dalam laman web rasmi DAP sekali gus memberi gambaran kenyataan Ahli Parlimen DAP Klang itu turut mencerminkan pendirian rasmi DAP.

Justeru, beliau meminta Charles dan DAP mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghapuskan Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pulau Pinang) 1996 terlebih dahulu.

Menurut beliau, selain peruntukan di peringkat pusat, enakmen kesalahan jenayah syariah di Pulau Pinang yang telah wujud sejak sekian lama turut tidak membenarkan LGBT.

“Kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP. Bukan (hanya) mendesak Kerajaan Malaysia yang tidak diketuai oleh DAP,” katanya. 


Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?

Sekianlah artikel Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/pakatan-harapan-mahu-halalkan-lgbt.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pakatan Harapan Mahu Halalkan LGBT?"

Posting Komentar