MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA

MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA
link : MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA

Baca juga


MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dianggap kekeringan isu apabila mendakwa kononnya peruntukan pembangunan infrastruktur sebanyak RM1.3 bilion di Langkawi dianggap sebagai dedak kepada penduduk di pulau peranginan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, Mukhriz didapati mengambil kesempatan daripada setiap bantuan dan pembangunan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memburuk-burukan kerajaan.

“Mukhriz sudah tiada isu baharu untuk dicanang selain mengambil kesempatan terhadap program kerajaan dengan menidakkan manfaat yang memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Hari Terbuka Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan beberapa portal pro-pembangkang yang melaporkan Mukhriz sebagai berkata, pengumuman Perdana Menteri untuk menyalurkan peruntukan RM1.3 bilion kepada warga Langkawi Sabtu lalu sebagai tindakan terdesak dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mukhriz menyifatkan pengumuman peruntukan itu sebagai dedak yang ditawarkan oleh Perdana Menteri dengan harapan agar warga Langkawi menolak Pakatan Harapan yang didalangi DAP dalam PRU-14.

Sebaliknya, Ahmad Bashah berkata, peruntukan tersebut diluluskan untuk meningkatkan kemudahan kepada penduduk Langkawi seperti pembinaan bangunan tambahan Hospital Langkawi dan projek takungan air bagi menampung keperluan penduduk sehingga menjelang 2040.

“Kemudahan asas kepada rakyat memang menjadi tanggungjawan kerajaan dan tidak sepatutnya dijadikan modal politik sempit parti pembangkang,” jelasnya.

Tambahnya, penduduk Langkawi sebenarnya bersyukur dan berterima kasih kepada Najib yang tidak meminggirkan nasib mereka. – UTUSAN ONLINE


MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA

Sekianlah artikel MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/mukhriz-kekeringan-isusemua-hak-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MUKHRIZ KEKERINGAN ISU....SEMUA HAK BN DEDAK BELAKA"

Posting Komentar