Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB

Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB
link : Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB

Baca juga


Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohd Najib Tun Razak, berkata, mabrur atau tidak ibadah Haji seseorang itu hanya Allah yang menentukan dan bukan manusia.

"Ada orang kata kononnya Haji orang yang pergi Haji dibawah 1MDB tak mabrur, Tuhan tak terima. Ini kuasa mutlak Allah. Kuasa mutlak Allah manusia tak ada hak. Allah tentukan rezeki dan pahala kita. Jangan manusia nak ambil alih. Jangan politikkan," katanya.

Walaupun tidak menyebut nama, jelas kenyataan Najib itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat kerap oleh Tun Dr Mahathir Mohamed.

Bekas Perdana Menteri yang kini belayar dalam kapal pembangkang, mendakwa orang yang melaksanakan ibadah Haji menggunakan wang 1MDB (1Malaysia Development Berhad) tidak akan mendapat Haji yang mabrur.

"IMDB janganlah dikutuk sangat sampai kebaikannya pun kita tak nampak samasekali. Janganlah fitnah. Janganlah kata RM42 billion lesap. RM42 billion tak lesap. Itu hutang. Hutang yang boleh kita lunaskan balik kerana aset kita lebih dari hutang kita.

"Kalau ada tak betul kita betulkan. Kalau ada kepincangan kita ambil tindakan. Tapi janganlah kita fitnah bukan-bukan," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran Haji oleh Yayasan 1MDB di Masjid Putra,Putrajaya, Jumaat.

Pada majlis itu Perdana Menteri menyampaikan surat tawaran tunai Haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1200 orang. Jumlah ini meningkat daripada tahun lalu, iaitu 1100. Sejak 2011 Yayasan 1MDB telah menaja 6911 jemaah haji.

Mereka yang terpilih adalah di kalangan pemimpin/ahli Jawatankuasa Kerja dan Keselamatan Kampung (JKKK), penghulu, guru tahfiz, tol batin, bilal dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Najib berkata kerugian dalam urusan perniagaan tukaran wang asing forex sebanyak RM31 billion yang berlaku pada zaman Dr Mahathir lebih besar kesannya kepada Malaysia.

“Itu kerugian forex berjumlah RM31 bilion itu lebih besar kerugian kepada negara kita.

“Dalam zaman siapa? Dalam zaman orang yang kata kononnya haji tajaan 1MDB ini tidak mabrur, Tuhan tak terima,” ujarnya.

Turut terkena tempias ucapan Najib ialah Mukhriz Mahathir yang baru ini membuat kenyataan beliau kononnya malu mengaku sebagai warganegara Malaysia waktu di luar negara.

"Sebagai sebuah kerajaan, banyak yang telah kita lakukan. Negara kita aman, baik, dapat penghormatan.

"Orang lain dia malu nak mengaku dia warganegara Malaysia. Ya tak apa. Tetapi berapa orang dapat peluang masuk makam Rasulullah kalau kita tak dihormati oleh negara lain, pemimpin dunia lain? Tolak dia ketepi ajalah. Tolak dia ke laut pun tak apa," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan beliau tergerak hati untuk melaksanakan program tajaan Haji ini kerana  dapat bayangkan bukan semua yang mampu menyediakan dana melalui penabungan masing2 untuk mencukupkan jumlah wang yang diperlukan bagi menunaikan haji.

“Memanglah kalau kita lihat melalui program ini kita dapat melakukan sesuatu sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan ini yang telah banyak berjasa. Tetapi pengiktirafan ini tak mungkin menjadi kenyataan kalau kita tidak ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Arab Saudi, dengan Raja Salman, penjaga dua kota suci.

“Tahun sudah Raja Salman melawat Malaysia. Dalam pertemuan dengan beliau saya minta pulihkan semula kuota Haji untuk Malaysia dan kalau boleh beri penambahan. Belum sempat saya habis ayat Raja Salman dah kata setuju dengan permintaan itu.

“Berapa ribu rakyat Malaysia yang dapat menunaikan Haji kerana hubungan kita yang baik dengan Raja Salman?

“Bukan itu sahaja. Raja Salman telah buat keputusan beri pengiktirafan kepada Malaysia wujudkan Pusat King Salman untuk keamanan antarabangsa di putrajaya.

“Kalau kita ni tak betul perjuangannya. Kalau kita tak berada di landasan ikut Islam, ikut syariat, ingat Raja Salman nak bagi pertimbangan khas untuk Malaysia?

“Dalam lawatannya ke Asia baginda memilih Malaysia sebagai negara pertama dilawati. Kalau kita tak betul, takkan saya sebagai ketua kerajaan diberi penghormatan yang teristimewa dalam lawatan mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini saya diberi pertimbangan istimewa kerana Raja Salman bersetuju membenarkan saya masuk makam Rasulullah. Kaabah pun saya dapat peluang,”katanya.

Perdana Menteri juga berkata ketika harga barang lain semua naik tapi harga pergi Haji tak naik-naik.

“Sampai tahun ini kita masih kekal dengan bayaran RM9,980. Mana ada di dunia subsidi lebih besar dari bayaran sebenarnya. Bayar RM9,980, Tabung Haji tampung RM12,400. Tak lama lagi kita akan buat kompleks di Madinah dan Mekah tempatkan semua jemaah Haji di satu tempat supaya kita boleh kawal harganya,”katanya.


Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB

Sekianlah artikel Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/ini-kuasa-mutlak-allahjangan-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ini kuasa mutlak Allah…jangan fitnah tunai Haji tajaan 1MDB"

Posting Komentar