Judul : Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor…
link : Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor…
Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor…
Ada macam-macam yang tidak beres di Selangor .Ini termasuk isu Stadium Shah Alam yang tidak boleh diguna oleh skuad bola sepak negeri itu sendiri.
Selain itu Majlis Belia Negeri Selangor juga berdepan masalah hak terhadap Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.
Isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia berkenaan dikatakan adalah contoh keadaan warga Selangor dinafikan hak dan terpaksa menjadi 'pelarian' di negeri sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan majlis penutupan Hari Gerakan Belia 4B Malaysia di Kampung Ulu Chucuh,Sepang telah memberi sinar harapan kepada isu ini.
Beliau memberi jaminan skuad Selangor akan bermain semula di Stadium Shah Alam sekiranya Barisan Nasional (BN) menang di Selangor dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jaminan sama diberikan Najib dalam isu hak Majlis Belia Negeri Selangor terhadap Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam.
Menurutnya jaminan itu diberikan kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.
"Stadium Shah Alam kita akan serahkan balik kepada pasukan The Red Giants," katanya.
Selangor dinafikan beraksi di Stadium Shah Alam susulan masalah antara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan negeri sejak penghujung 2016, menyebabkan pasukan itu perlu mencari gelanggang lain.
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras menjadi gelanggang tuan rumah pasukan Selangor untuk saingan Liga Malaysia musim ini. The Red Giants memegang rekod 33 kali menjuarai Piala Malaysia.
Terdahulu, Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar ketika berucap pada majlis itu berkata kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR telah menganaktirikan belia di negeri berkenaan.
Menurutnya, isu Stadium Shah Alam dan kompleks belia berkenaan adalah contoh keadaan warga Selangor dinafikan hak dan terpaksa menjadi 'pelarian' di negeri sendiri.
"Kalau Belia 4B bangkit memastikan kemenangan BN di Selangor, BN akan pulangkan semula kompleks belia kepada belia
"Kalau hari ini BN menang, Stadium Shah Alam pun akan diserahkan semula kepada pasukan The Red Giants," katanya.

Sekianlah artikel Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor… linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/ini-janji-pm-mengenai-isu-stadium-shah.html
0 Response to "Ini janji PM mengenai isu Stadium Shah Alam dan Komplek Belia Selangor…"
Posting Komentar