DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA

DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA
link : DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA

Baca juga


DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA

KESAL… Tindakan PPBM melancarkan tabung derma konon bagi merealisasikan cita-cita Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan turut dikecam banyak pihak termasuklah bekas pengasasnya.

Mantan ketua Srikandi yang juga sayap wanita parti kecil tersebut, Anina Saaduddin dipetik portal BNBBC.my, mendakwa tindakan itu membuktikan mereka bukan mahu bantu rakyat tetapi rakyat pula kena bantu PPBM.

Beliau yang ternyata amat kecewa dengan tindakan PPBM itu, menyifatkan ia sebagai cubaan terkini parti tersebut memeras hidup rakyat yang mereka dakwa konon terkesan teruk akibat Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Saya bercakap sebagai pengasas PPBM dan sayalah yang menamakan sayap wanitanya sebagai Srikandi. Saya tahu apa yang anda tidak tahu. Di belakangnya (parti tersebut) adalah kroni kaya dan sejumlah keluarga jutawan.

“Tetapi mereka pula tergamak kutip derma dari rakyat marhaen yang mereka sendiri dakwa selama ini sedang derita ekoran pelaksanaan GST pada 2015 lalu menggantikan SST yang mudah ditipu peniaga sehingga berlaku ketirisan.

“PPBM memang terbukti berjaya memalukan bangsa Melayu,” kata Anina menerusi satu status dalam laman sosial Facebook sebagai mengulas rayuan lawak Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta derma rakyat.

Anina turut mempersoalkan kenapa Mahathir dan anaknya Datuk Seri Mukhriz tidak pula mahu menggunakan segala ‘kekayaan’ luar biasa yang dimiliki mereka sendiri bagi membantu parti kerdil serpihan UMNO itu.

“Saya dahulu ada bertanyakan tentang sumber dana kewangan parti. Malah saya pernah datang ke rumah Mukhriz sendiri, ianya umpama sebuah istana yang bahagian dapurnya sahaja adalah sebesar saiz banglo.

“Apabila saya selidiki dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk mampu bina rumah sehebat ini, barulah saya ketahui bahawa beliau, memiliki 160 buat syarikat dengan kebanyakan senaraian awam di Bursa Malaysia.

“Tidak lama kemudian ada pula individu yang membisikkan kepada saya bahawa jet peribadi model Falcon 900LX itu pun dimiliki oleh anak Mahathir sendiri. Saya memang agak terkejut besar pada ketika itu.

“Tapi apa yang saya lebih terkejut apabila mendapat tahu bahawa Mahathir sendiri memang ada memiliki saham kira-kira 50 peratus kepentingan dalam syarikat pembuat kapal terbang terkenal Jetfox!,” dedah Anina lagi.

Bagaimanapun ujar beliau, PPBM sering memainkan isu skandal kewangan yang melanda kerajaan termasuk dakwaan jahat Malaysia sudah muflis dan negara sudah tiada duit selain kononnya kini kerajaan himpit rakyat.

“Dalam semua ceramah PPBM isu kesusahan rakyat dilagukan menerusi pelbagai irama. Tujuan isu kemiskinan ini digunakan adalah untuk mengapi-apikan sentimen rakyat bawahan marah kerajaan,” jelas Anina dengan nada kesal.

Malah tambah Presiden NGO Empirical Malaysia ini lagi, pemimpin PPBM juga sering menyebarkan fitnah tentang konon sikap boros Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan keluarga bagi menghasut rakyat benci kerajaan.

“Pada masa sama propaganda kehidupan mewah Perdana Menteri disebarkan di semua media sosial. Bukan itu sahaja, malah keseluruhan ahli keluarga PM dikaitkan dengan sifat boros dan habiskan wang rakyat,” katanya.

Difahamkan, tabung itu diwujudkan bertujuan bantu gerak kerja PPBM yang sedang dilakukan dalam usaha dapat sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baru terlaksana.

Menurut Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, derma tersebut juga sebagai salah satu inisiatif parti konon bagi memastikan cita-cita tinggi mereka menggantikan Barisan Nasional (BN) tercapai. – Agensi


DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA

Sekianlah artikel DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/dr-m-kaya-tapi-masih-kutip-derma-anina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DR M KAYA TAPI MASIH KUTIP DERMA – ANINA"

Posting Komentar