DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis

DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis
link : DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis

Baca juga


DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis

SINTOK: Tidak mustahil DAP akan menuntut jawatan Speaker Dewan Rakyat jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Katanya, jika DAP sanggup melepaskan kerusi perdana menteri dan timbalan perdana menteri parti itu tentunya akan menuntut jawatan penting seperti menteri kanan dalam Kabinet atau Speaker Dewan Rakyat.

"Jika perdana menteri dan timbalan perdana menteri adalah datangnya daripada PPBM dan PKR, sudah tentulah DAP akan kata mereka sudah bertolak ansur, kita kerusi paling banyak dalam Pakatan sedangkan kerusi PM dan TPM tidak kami perolehi. Maka sebagai tukarannya hendaklah diberikan jawatan-jawatan kanan dalam Kabinet dan jawatan Speaker Dewan Rakyat.

"Tambah-tambah lagi bila DAP yang akan memiliki kerusi majoriti di Dewan Rakyat berbanding parti komponen PH yang lain," katanya dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.

PH sebelum ini bersetuju menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi PPBM) sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) sebagai calon timbalan perdana menteri.

Kamarul berkata DAP tidak akan begitu bermurah hati dan sudah pasti parti pimpinan Lim Guan Eng itu ada strategi politiknya sendiri.

Tambahnya, jika benar jawatan Speaker Dewan Rakyat diberikan kepada DAP, ia sesuatu yang malang kepada hak dan kedudukan istimewa Melayu-Islam di negara ini.

Jawatan Speaker Dwan Rakyat berkemungkinan besar bakal diminta DAP sebagai imbal balas tolak ansurnya, membenarkan jawatan PM dan TPM diisi oleh pihak lain.

"Jika DAP diberikan jawatan Speaker Dewan rakyat, dengan kuasa besar yang dipunyai Dewan Rakyat, maka usul-usul yang menyentuh kepentingan Melayu-Islam bagi memartabatkan melayu-Islam sudah tentu diusahakan dari dibentang di Dewan Rakyat.

"Kuasa untuk membenarkan sesuatu usul undang-undang dibawa ke Dewan Rakyat adalah dipunyai oleh Speaker Dewan Rakyat," katanya lagi.

Terdahulu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menempelak tindakan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menolak usul memperkasa dan memperkukuhkan institusi mahkamah syariah di negeri itu untuk dibahaskan dalam sidang DUN November tahun lalu.

Persatuan itu bertegas tindakan menolak usul tersebut sebagai menafikan hak orang Islam di Selangor yang ingin melihat institusi mahkamah syariah diperkasakan.
 
Bagaimanapun Hannah dalam reaksinya berkata usul itu ditolak atas alasan teknikal. Malah mendakwa usaha perkasakan bidang kuasa mahkamah itu sentiasa berterusan di negeri itu.


DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis

Sekianlah artikel DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/dap-akan-tuntut-jawatan-speaker.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP akan tuntut jawatan Speaker Parlimen jika PH menang PRU14 - penganalisis"

Posting Komentar