Judul : ‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI?
link : ‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI?
‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI?
Baru beberapa hari lalu Ketua Penerangan parti ‘cap bunga’, Dato’ Kamaruddin Mohd Nor dengan lagaknya meminta supaya Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah supaya bersedia untuk ‘packing’ barang, konon partinya mahu mengambil alih kerajaan negeri di sana.
Dengan kuasa Allah SWT, sekonyong-konyong hari ini terjelepuk terkena di dahi Ketua ‘cap bunga’ Kelantan itu bila diberitakan dia terpaksa mengaku bahawa partinya kini dalam keadaan huru-hara di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Apa sudah jadi? Itulah. Lain kali jangan hendak mengata orang saja, cuba suluh diri sendiri dahulu. Dia pimpin parti di negeri sendiri pun huru-hara jadinya, masih ada hati untuk beri komen tentang negeri orang? Sila beli cermin dan suluh diri sendiri…
Khabarnya ramai pemimpin parti ‘cap bunga’ di Kelantan kini yang sudah tidak dapat menahan sabar. Mungkin bila diberitahu cara baik tapi tidak diendahkan, maka mereka tidak mampu lagi bertahan selain memberontak terhadap kepimpinan parti.
Menurut laporan media, selain daripada masalah pengagihan kerusi Dun di Kelantan yang mencetus perbalahan besar dalam kalangan pemimpin parti ‘cap bunga’, masalah kewangan juga menjadi faktor mereka membuka pekung busuk di dalam parti setahun jagung itu.
Sejak dari awal lagi sudah dijangka, puak Pakatan Harapan akan berebut kerusi sesama sendiri dan pergaduhan antara partinya tidak dapat dielak. Masing-masing hendak ikut kepala sendiri, konon mahukan kerusi yang lebih untuk diri sendiri?
Menariknya, pucuk pimpinan Pakatan Harapan sudah ‘selamatkan diri’ lebih awal. Mereka awal-awal lagi berbahagi kerusi dan mencalonkan diri sendiri di kerusi mana yang mereka fikir boleh menang. Asalkan dapat bertanding, maka selesailah di peringkat pusat.
Bila agihan kerusi di peringkat pusat banyak menyebelahi parti ‘cap bunga’, maka untuk memujuk hati yang lara kurang dapat kerusi, maka sekutunya pun mintalah diberi kerusi lebih banyak di peringkat Dun. Harapan nak jadi calon sudah tentulah tinggi.
Malangnya, ramai pula pemimpin parti ‘cap bunga’ yang tidak puas hati bila tidak dapat kerusi di peringkat Dun. Masing-masing sudah berhabis wang ringgit melobi diri, tapi tiba-tiba tidak dapat kerusi. Mengamuklah jawabnya!
Pada pandangan penulis, pemimpin parti ‘cap bunga’ perlu menyalahkan pucuk pimpinan mereka sendiri kerana awal-awal lagi sudah tunjuk tamak membolot banyak kerusi Parlimen berbanding parti lain. Itu mungkin punca utama kenapa parti itu dapat kerusi ‘ciput’ di peringkat negeri.
Lagipun, kerusi-kerusi parlimen yang dibolot itu kemungkinan besar hanya ‘syok sendiri’ dan daripada 52 kerusi yang diperoleh, berkemungkinan besar juga hanya 3 hingg 4 kerusi parlimen saja yang mampu dimenangi. Mungkin juga ada yang bakal hilang deposit barangkali.
Pemimpin bawahan parti ‘cap bunga’ kini harus celik mata bahawa mereka kini berada di dalam cengkaman ‘kuku besi’. Jika mahu bersama parti ‘cap bunga’, maka mereka perlu ikut saja tanpa banyak soal. Jika tidak, maka mereka akan dianggap ‘sampah’ macam Anina…
Soal dapat RM5 ribu saja sejak ditubuhkan, itu juga sudah dijangka. Pemimpin dan ahli bawahan parti ‘cap bunga’ harus sedar bahawa melancong sambil bermain ‘dolphin’ ke luar negara, memiliki mahligai besar berkolam renang, berbuah-buah kenderaan mewah atau status ‘bilion-bilionaire’ hanyalah untuk peribadi dan keluarga semata-mata.
Semua kekayaan yang dimiliki itu bukan milik parti ‘cap bunga’. Itu semua bukan untuk perjuangan atau rakyat. Itu bukan dana awam. Itu hasil titik peluh yang ‘telus’ ketika makan gaji jadi Perdana Menteri. Mungkin itu juga hasil tabungan dari kecil.
Lagipun, kekayaan anak beranak Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden itu harta peribadi. Tidak boleh dicampur aduk dengan wang politik. Mereka bukan ‘sosial welfare’. Hidup mewah dan status ‘aristokrat’ mereka tidak boleh diusik sama sekali.
Kerana itulah juga walaupun menyedari mereka kaya raya, mereka tidak malu untuk merayu duit rakyat yang kononnya susah papa kedana nak makan pun tidak ada. Jadi, usah hairan jika dapat RM5 ribu saja hingga kini. Dengan ‘kuku besi’, sila cari duit sendiri.
Justeru itu, pesan penulis kepada Kamaruddin Mohd Noor, dia tidak perlu sibuk tentang Kedah kerana negeri itu kini berada di atas landasan yang tepat. Silap-silap dua beranak kaya raya itu pun boleh tumbang ‘dikerjakan’ orang Kedah.
Sebaliknya, Kamaruddin wajar jaga tepi kain sendiri terlebih dahulu. Jika rumah sendiri ‘terbakar’ hampir ‘runtuh’, jangan menyibuk di rumah orang yang dalam keadaan aman damai. Jika ‘rumah hangus’ nanti jangan disalahkan UMNO pula….

Sekianlah artikel ‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca ‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/bunga-kelantan-sibuk-packing-barang.html
0 Response to "‘BUNGA’ KELANTAN SIBUK ‘PACKING’ BARANG KELUAR PARTI?"
Posting Komentar