BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'

BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting' - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'
link : BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'

Baca juga


BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'

BN Terengganu malam tadi, mengisytiharkan ‘serangan’ untuk menawan kembali empat Parlimen termasuk Marang yang dikuasai pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Ketika ini, BN menguasai empat parlimen iaitu Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala empat lagi iaitu Kuala Nerus, Marang, Kuala Terengganu dan Dungun adalah milik pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagaimanapun meminta seluruh kepemimpinan Umno negeri tidak menjadikan soal perpecahan pembangkang sebagai peluang parti itu untuk menang.

Ini kerana, katanya, kunci kejayaan dalam PRU14 ini adalah membabitkan faktor calon dan kekuatan jentera.

“Calon boleh menang dengan syarat tidak ada ‘peteh keting’, tidak ada musuh dalam selimut dan tidak ada gunting dalam lipatan. Siapa sahaja calon yang membawa bendera BN wajib kita sokong.

“Sudah sampai masanya kita lupakan persengketaan, perbalahan dan permasalahan antara kita serta perlu berjiwa besar. Kalau sudah takdir dia jadi calon, terimalah dan beri sokongan padu kepada pemimpin Umno dan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Gempur dan Jentera Pilihan Raya Parlimen Marang  PRU14 di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Kepimpinan Umno Bahagian Marang iaitu Ketuanya, A Latiff Awang, Timbalan, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, dan Naib Ketua, Datuk Saiful Bahri Baharuddin serta Ketua Wanita, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Turut hadir selain kira-kira 3000 jentera parti itu ialah Ketua Pemuda Umno Marang, Jasmira Othman dan Ketua Puteri Umno Marang, Laila Mat Daud.

Tidak ketinggalan, bekas ahli Parlimen Marang Datuk Abdul Rahman Bakar, bekas Adun Bukit Payung Datuk Dr Abdul Latif Awang dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Datuk Muda Mamat.

Sehubungan itu, Ahmad Razif yang juga Pengerusi BN Terengganu mahu seluruh jentera memainkan peranan dalam gerak kerja semasa PRU14 nanti dan memberi fokus kepada apa yang telah dirancang oleh parti.

Beliau juga berkeyakinan, gelombang rakyat akan membantu BN merampas tiga kerusi Dun serta Parlimen Marang pada PRU14 yang dijangka menjadi pilihan raya penentu kekuatan parti BN di Terengganu.


BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'

Sekianlah artikel BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting' linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/bn-terengganu-boleh-menang-jika-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "BN Terengganu boleh menang jika tiada 'peteh keting'"

Posting Komentar