Berita Mengejutkan Pakatan Harapan

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berita Mengejutkan Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berita Mengejutkan Pakatan Harapan
link : Berita Mengejutkan Pakatan Harapan

Baca juga


Berita Mengejutkan Pakatan Harapan

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan. UMNO yakin ia akan mencapai keputusan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti kerana pembangkang sekarang sudah lemah setelah tidak lagi didukung oleh jentera PAS, satu daripada faktor kejayaan pembangkang dalam dua pilihan raya umum yang lalu.

Sukarelawan parti Islam itu jadi tulang belakang jentera pilihan raya pembangkang – daripada memasang bendera sampailah kepada soal menganjurkan rapat umum dan mengangkut pengundi ke pusat pengundian.

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan. Tetapi itu dulu; sekarang tidak lagi setelah Abdul Hadi Awang menarik PAS keluar daripada gabungan pembangkang dan membawa parti Islam itu lebih dekat dengan Umno.

Perkembangan inilah yang menyebabkan Umno yakin ia sudah menang separuh daripada perlawanannya dengan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed berkata menang atau kalah dalam pilihan raya bergantung pada kekuatan jentera parti. 

"Macam mana PH hendak (hadapi pilihan raya) di kawasan pedalaman. Pengundi bukannya keluar mengundi begitu saja. Mereka perlu digerakkan untuk mengundi dan itulah pentingnya ada jentera," katanya, yang juga timbalan menteri dalam negeri.

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan 


Nur Jazlan berkata penyokong parti yang setia akan ke pusat pengundian dan mengundi dalam apa juga keadaan tetapi belum tentu keadaannya bagi pengundi yang tiada hubung kait atau perasaan terhadap sesebuah parti, merujuk kepada pengundi atas pagar.

Beliau berkata pengundi seperti ini perlu diangkut oleh jentera parti, yang sekarang ini tampaknya tidak dimiliki oleh PH di kawasan teras pengundi Melayu.

Nur Jazlan berkata pada PRU 2013, Pakatan Rakyat berdiri atas kekuatan DAP dan PAS.

"DAP bawa undi Cina sementara PAS bawa undi Melayu di kawasan luar bandar. PKR tidak terbukti membawa undi Melayu.

"Bersatu pula sekarang nampak kuat tetapi mereka sebenarnya tidak ada jentera," katanya.

Sekarang dengan PAS tidak lagi bersamanya, PH patah kaki untuk menggerakkan pengundi di luar bandar, kata Nur Jazlan.

Pandangannya itu bagaimanapun disanggah oleh pemimpin Amanah, Dr Mohamad Hatta Ramli yang pernah menjadi pengarah pilihan raya PAS pada PRU 2008 dan 2013.

Katanya, 90% jentera pilihan raya PAS di peringkat nasional sudah bersama Amanah, rakan kongsi PH.

"Jentera PH sekarang sama bahkan lebih kuat dari jentera PAS sebelum ini apabila jentera PAS yang menyertai Amanah kini bergabung dengan jentera rakan-rakan dalam PH untuk mendapat impak besar," kata Dr Hatta kepada The Malaysian Insight.

"Kerja kami sekarang adalah untuk tawan Putrajaya dan negeri-negeri sasaran dan latihan teknikal telah kami jalankan khasnya untuk tempoh kempen dan hari mengundi," katanya yang juga aahli Parlimen Kuala Krai itu.

Selain Dr Hatta yang kini mengetuai jentera pilihan raya Amanah, ketiga-tiga timbalannya, Khalid Samad, Wan Abdul Rahim Abdullah dan Dr Mariah Mahmud, juga menyertai Amanah.

Ahli jawatankuasa kanannya, Aiman Athirah dan Phahrolrazi Zawawi turut menyertai Amanah dengan Phalrolrazi sebagai pengarah pilihan raya PH Kedah, negeri yang disasarkan menang oleh PH dalam PRU14 nanti.

Wan Abdul Rahim yang juga pengerusi Amanah Kelantan mengesahkan 90% jentera PAS peringkat pusat kini bersama Amanah manakala di Kelantan, negeri yang diperintah oleh PAS, satu pertiga jenteranya menyertai Amanah.

Pengarah Pilihan Raya PKR Nurul Izzah Anwar berkata kejayaan Amanah untuk menarik jentera PAS bersama PH adalah satu kejayaan.

"Ini sesuatu yang sangat penting dan bakal membuka jalan kepada kejayaan selepas kita berusaha dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Selepas ketiadaan jentera PAS bersama pembangkang juga menyebabkan PKR berusaha membentuk sendiri jentera pilihan rayanya di semua peringkat.

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan 


"PKR melaburkan banyak tenaga dan wang untuk membina perisian daftar pemilih sendiri untuk memastikan sasaran pengundi kita dikenali dengan baik terutama di kerusi-kerusi marginal.

"Kita bekerjasama rapat dengan parti komponen dalam PH," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Hisommudin Bakar berkata jentera pilihan raya diperlukan untuk membawa pengundi ke pusat pengundian pada hari mengundi di samping menjadi ejen parti untuk pengundian dan pengiraan undi (PACA).

"Saya akui 90% jentera pilihan raya PAS pusat sudah bersama Amanah dan digantikan oleh orang yang sangat junior sebagai pengarah pilihan raya yang tidak pernah sekalipun menjadi calon pilihan raya," katanya.

Berita Mengejutkan Pakatan Harapan. Ketua pengarah pilihan raya PAS sekarang ialah Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggantikan Mustafa Ali yang kini tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam parti selepas bertembung pendekatan dengan presiden PAS. – the malaysian insight




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







Berita Mengejutkan Pakatan Harapan

Sekianlah artikel Berita Mengejutkan Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Berita Mengejutkan Pakatan Harapan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2018/02/berita-mengejutkan-pakatan-harapan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berita Mengejutkan Pakatan Harapan"

Posting Komentar